Kena belasah di pusat karaoke sebab suara sumbang

Awal Mei lalu, pengunjung di sebuah pusat karaoke yang terletak di Heilongjiang, China membelasah dua lelaki muda hanya kerana suara nyanyian mereka terlalu teruk dan sumbang.

Dikatakan, sebelum kedua-dua mangsa dibelasah mereka sedang bersantai sambil salah seorang daripada mereka menyanyi.

Malangnya, gelagat lelaki muda itu tidak disenangi seorang individu lalu menegur sambil berkata nyanyian mangsa sumbang.

Tak puas hati dengan kata-kata individu tersebut, mangsa mengekori hingga ke luar pusat berkenaan.

Kemudian perang mulut kemudian berlaku sehinggalah tercetus pergaduhan antara mangsa dan individu terbabit.

Akan tetapi akhirnya kedua-dua mangsa teruk dibelasah oleh individu apabila ada beberapa orang lagi dipercayai rakannya datang.

Setelah puas belasah, kesemua mereka dilihat beredar dari tempat kejadian.

Kejadian pergaduhan berkenaan yang berlaku di luar pusat karaoke itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum menjadi viral di laman media sosial di negaar berkenaan.

Tak lama selepas itu, pihak polis berjaya menahan kesemua suspek dan dibawa ke balai untuk tindakan lanjut.

Mujur belum ada kes macam ni kat Malaysia.

Sumber: MHE TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here