‘Keluarga Mereka Pun Sama Tak Adil Nak Tuduh Keluarga Saya’

Menurut pelakon dan usahawan Neelofa adalah tidak adil jika dirinya sahaja dituduh kerana mencampuri urusan rumah tangga kakaknya, Noor Nabila dengan abang iparnya iaitu Sharnaaz Ahmad.

Selaku adik kepada kakanya, dia juga yakin bahawa ahli keluarga Sharnaaz Ahmad juga melakukan perkara sama dengan meluahkan perasaan di media sosial.

Ini komen yang diberikan oleh Lofa:

“Saya rasa tak adil jika nak tuduh keluarga saya masuk campur dalam urusan Nabila kerana dia adalah kakak saya dan anak kepada ibu saya.

“Saya pasti keluarga dia (Sharnaaz) juga bersuara di media sosial dan buat benda yang sama.

“Jadi tak adil untuk menuding jari kepada sebelah pihak kerana kami dua-dua sama. Menyokong dan bersuara. Jadi sama saja,”

“Saya sebagai adik dan juga housemate kakak, tentunya saya rasa ia agak berlarutan yang terpaksa ditanggungnya.

“Saya kesiankan dia kerana perkara ini dipanjangkan. Sepatutnya boleh diselesaikan dengan mudah dan singkat tapi atas sebab-sebab tertentu benda ini dipanjangkan dan dirumitkan.

“Namun untuk kakak saya, proses sebegini membuatkan dia lebih matang dan percayalah, lebih banyak yang perlu ditempuhinya dalam masa beberapa bulan sebelum perbicaraan kes itu berlangsung,”

“Saya harap dia akan lebih bersedia dalam membuat sebarang keputusan selepas ini terutamanya jika dia mempertimbangkan untuk berkahwin lagi.

“Kami sekeluarga sememangnya sangat supportive. Bukan hanya saya tetapi juga ahli keluarga, sepupu malah kawan-kawan yang sentiasa ada untuknya.

“Apa yang saya boleh katakan ketika ini, Nabila gembira, dia sudah memulakan kehidupan yang baru dan kami semua sayangkan Jebat,”

Pelakon ini turut meluahkan rasa simpati terhadap apa yang menimpa dalam perkahwinan kakaknya itu.

Dia juga merasa kesal dengan abang iparnya yang sengaja  memilih untuk memanjangkan isu penceraian ini apabila tidak mahu melepaskan Nabila dengan cara baik.

Dalam pada masa yang sama dia turut menasihati Noor Nabila untuk lebih berhati-hati dalam membuat keputusan berkaitan perkahwinan dan tidak mahu apa yang berlaku terhadap kakaknya akan terjadi lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here