Kelab peminat rupanya tak sokong tindakan Emma Maembong

Sebagai seorang selebriti antara sokongan yang amat penting adalag dari para peminat. Tanpa peminat, memang seorang selebriti itu susah untuk kekal lama dan terus gah dengan gelaran artis popular.

Apabila pelakon Emma Maembong membuka tudung, maka ramailah para peminatnya yang memberi respon, ada yang suka dan ada yang tak suka dengan tindakan berkenaan.

Namun melalui Kelab Peminat yang offficial, wakilnya ada memberi respon tentang hal ini.

Ternyata, banyak juga peminat Emma Maembong yang digelar Emanizers turut berasa kecewa dan sedih dengan tindakan pelakon berkenaan untuk tidak lagi menutup aurat nya dan terus membuka tudung.

Perkara ini disahkan sendiri oleh presidennya bernama Along Zai.

Bagaimanapun, kata wanita berkenaan, walaupun tak setuju dengan tindakan Emma itu, kelab peminat berkenaan akan tetap bersama dalam menyokong kerjaya seni pelakon.

Tambahnya lagi, sebagai peminat, tak adalah mereka ingin masuk campur hal peribadi artis berkenaan.

Ini kenyataan dari Presiden Kelab Penyokong Emma Maembong:

“Kelab peminat tidak menyokong tindakan tersebut (membuka tudung) tetapi tetap bersama meneruskan sokongan karjaya Emma.

“Kami tak tahu lebih dari sepatutnya sebab Kami tak campur hal peribadi artis.

“Emma ada tanya pandangan saya sebelum tu, saya cuma kata tindakan dia memakai tudung adalah tuntutan agama demi menjaga aurat dan niat kerana Allah.

“Tapi mungkin Emma nak jadi diri dia sendiri… Namun tindakan itu mengundang kecaman jadi Emma kena tempuh,”

Dalam pada itu, kata wanita ini lagi, peminat di negara jira agak agresif dan benar-benar kecewa tentang hal ini, oleh itu Along Zai akan ke sana untuk bertemu mereka.

Ini komennya lagi:

“Peminat di Indonesia agak agresif dan kecewa, jadi saya dan beberapa ahli lain akan ke Indonesia untuk beri penjelasan.

“Bagaimanapun, sejak semalam ramai peminat yang bagi kata-kata positif dan ramai juga yang ingin berdaftar dengan kelab peminat ini,”

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here