Kek Harga RM5000 Jatuh Berderai

Nama jurusolek seleberiti dan juga usahawan yang terkenal iaitu Dato Alha Alfa telah kecoh dan bertukar duka apabila kek setinggi lebih dua meter yang diletakkan di pentas utama itu jatuh secara tiba-tiba.

Dia telah menceritakan detik-detik kejadian yang dikatakan sedang bergambar dengan para tetamu yang hadir dan amat terkejut apabila kek itu telah jatuh ke lantai dan berderai.

Komen dari Alha Alfa sendiri :-

“Kek itu direka dengan binaan kaca dan sepatutnya ia diletakkan di pentas berputar di hadapan pelamin. Tapi disebabkan terlalu berat, mereka (pengurus majlis) ubah lokasi dan letak di sudut yang sesuai supaya senang orang nak bergambar.

“Entah macam mana, semasa kami bergambar tiba-tiba kek jatuh. Mungkin tapak penyokong pada kek itu dah tak mampu nak tampung berat atau ada tetamu yang tersentuh kek itu sampai ianya hilang stabil”.

“Bagaimanapun, mujurlah kek itu jatuh di belakang kami dan tak ada tetamu di kawasan itu, kalau tak mungkin akan ada yang tercedera,”

“Tak apalah mungkin rezeki setakat itu sahaja, saya tak marah pun… mereka pun dah beratus kali minta maaf!
Abang Nas iaitu pemilik Nas Great Idea & Weddings ada hubungi saya selepas kejadian.

“Benda pun tak disengajakan, tak perlu sampai nak ganti, saya anggap dah tak ada rezeki nak rasa kek itu. Bagi saya kes itu bukan masalah besar!

“Tapi kenangan yang terjadi itu akan tersimpan menjadi memori selamanya. Apa-apa pun saya mohon maaf yang tak dapat merasa kek tu. Terima kasih pada semua yang hadir semalam. Saya dan isteri amat menghargai

Menurut jurusolek terkenal itu dia telah melangsungkan perkahwinanya dengan gadis idamannya yang bernama Noor Azlin Ismail yang berusia 23tahun di Taiping, Perak pada 28 September lepas.

Dato Alha juga menyatakan bahawa pihak pengurusan majlis tersebut telah memberitahu kepadanya serta memohon maaf atas kejadian yang terjadi.
Ulas Alha lagi dia telah menerima dengan hati terbuka dan memaafkan dengan telah apa yang terjadi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here