Bekas finalis rancangan Dewi Remaja 2018/2019 yang terlibat dengan kontroversi iaitu Erni Nurshahira Khairul Zaman atau lebih mesra dengan panggilan Ernisha kini jadi tumpuan ramai.
Video viral menunjukkan dirinya dah tak bertudung di dalam tempat maksiat sedemikian memang tak boleh di terima akal dan menunjukkan sikap kebanyakkan remaja yang mudah terpengaruh dengan budaya barat.
Apapun Ernisha telah tampil akui kesilapan dan memohon maaf serta akui video berkenaan merupakan detik yang amat pedih dan sukar dalam hidupnya.
Apatah lagi, ia memberikan ruang buat netizen untuk memberi kecaman negatif terhadapnya, yang sekaligus turut memberi impak terhadap imej dirinya.
Namun begitu, isu yang terjadi bukanlah menjadi alasan buat gadis manis ini untuk berhijab.
Melalui laporan dari portal Media Hiburan, Ernisha berkata dia sebenarnya masih lagi baru mengenakan tudung dah ia bukan hadir dari desakan mana-mana pihak.
Ini penjelasan dari Ernisha:
“Saya akui sebelum ini saya memang on and off berhijab. Malah iman jadi goyang kerana walaupun saya berhijab tetap kena kecam hingga saya tertanya-tanya betul ke keputusan saya untuk berhijab sebelum ini.
“Namun buat masa ini saya mahu muhasabah diri dulu, minta petunjuk dari Tuhan dan biar Dia yang tentukan apa yang terbaik untuk diri saya.
“Doakan saya terus kekal begini dan dapat memperbaiki segala kesilapan dilakukan. Saya harap diberikan ruang dan terus diberikan hidayah untuk terus mengenakan tudung,”
Ernisha ternyata berasa amat menyesal atas perbuatannya dan mengakui ada melakukan kesilapan kerana bergaul dengan individu tidak sepatutnya.
Ditanya mengenai apakah perancangannya selepas ini, Ernisha mengakui ada menaruh minat untuk menceburi bidang seni.
Cumanya, dia perlu kerja keras untuk terus berkarya dalam industri seni dan melakukan persediaan dengan mengikuti kelas lakonan.
Ini komennya lagi:
“Saya perlukan masa untuk bertenang seketika. Mahu ambil ruang buat diri sendiri dahulu. Memang ada perancangan untuk terjun dalam bidang seni. Cuma kalau boleh, saya tak mahu masuk dalam industri tanpa ilmu.
“Ada rancang untuk ambil kelas lakonan terlebih dahulu. Tapi pada masa sama, saya juga berminat dalam dunia pengacaraan atau pun nyanyian. Doakan yang terbaik untuk saya,”
Atas kesalahan melanggar kontrak, gelaran finalis Dewi Remaja yang dimiliki oleh Ernisha, Fazreen dan Hanesha Hanee telah ditarik balik.