Semalm berlangsung minggu pertama program Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018). Setelah tamat persembahan, tiga peserta iaitu Dany (solo indonesia), kumpulan 2B dan Kiut dilihat berada di kedudukan paling bawah.
Namun, ketiga peserta tersebut terselamat selepas ketua juri iaitu Douglas Lim mengumumkan tiada penyingkiran dilakukan pada malam tadi. Pada saingan minggu pertama yang membawa tema bebas, Douglas banyak menekan aspek teknik berlawak ketika memberi komen pada peserta.
Ini komen Douglas Lim:
“Saya boleh tengok kerja mereka di belakang tabir menerusi analisis daripada persembahan peserta sama ada buat ulangkaji. Saya fikir pada minggu pertama, saya boleh melihat siapa yang membuat persediaan tapi ini semua adalah pengalaman buat mereka”
“Saya rasa Masin memberikan sesuatu persembahan menarik yang bukan ‘sketch’ tapi menggunakan elemen ‘sketch’ seperti ‘anchoring’ di mana seorang itu diberi job killer. Mereka mengekalkan teknik itu tapi bukan dalam bentuk ‘sketch’ dan pada saya mereka agak pandai menggunakan teknik itu dengan sengaja atau tidak”
“Jika kawan buat lawak dalam persembahan, jangan senang-senang ketawa dengan lawak sendiri” katanya.
“Ini bukan pelawak baru tapi Maharaja Lawak Mega, peserta sepatutnya sudah tahu teknik-teknik ini. Mungkin istilah kurang faham, mereka boleh tanya tapi sebagai pelawak yang boleh dikira profesional sepatutnya teknik sebegini menjadi perkara asas.
“Saya sendiri banyak kali gagal dalam membuat persembahan ‘stand up’ di atas pentas. Macam ‘stand up’ komedi, pelawak dapat tahu hanya 1 saat bila lontar ‘punchline’ penonton tidak ketawa”
Untuk musim ini, empat juri ditugaskan untuk menilai persembahan peserta terdiri daripada Douglas Lim, Remy Ishak, Scha Alyahya serta pelakon dari Indonesia, Tya Ariffin.
Seperti mana kata Douglas yang memilih Masin sebagai kumpulan paling menyerlah pada saingan minggu pertama, Tya juga mengakui Masin berjaya memberikan persembahan yang lebih jujur dan memuji kesemua peserta menunjukkan kesungguhan yang baik.
Kesemua peserta dinilai menerusi juri yang mewakili markah sebanyak 70 peratus manakala 30 peratus menerusi aplikasi TikTok.
Berikut adalah kedudukan peserta MLM 2018 berdasarkan undian:
1. Shiro (68.96 peratus)
2. Taman (64.97 peratus)
3. Masin (63.88 peratus)
4. Joras (61.19 peratus)
5. Bocey (57.74 peratus)
6. Puteh (51.38 peratus)
7. Abioso (51.25 peratus)
8. Zero (50.40 peratus)
9. Abata (47.9 peratus)
10. Cilok (38.63 peratus)
11. Hilmy Ashley (34.88 peratus)
12. Dany (34.38 peratus)
13. Kiut (33.44 peratus)
14. 2B (30.96 peratus)
Sumber: Astro Gempak