Kisah perkahwinan antara dua benua iaitu antara seorang gadis Kedah dengan seorang jejaka dari Guinea, Afrika telah menjadi viral hari ini.
Sebelum ini, pengantin perempuan ada membuat kenyataan dan bercerita tentang kisah mereka berdua.
Ini komen pengantin perempuan iaitu Fila. ( BACA SINI)
KOMEN PENGANTIN LELAKI
Sementara itu, pengantin lelaki iaitu Adama turut memberi komen tentang isterinay itu. Jejaka ini berkata dia amat tertarik hati dengan keperibadian dan kecantikan yang dimiliki oleh Fila.
Ini komennya:
“Perkara paling saya suka tentang Fila adalah kebijaksanaannya, cara dia berfikir dan dia juga baik hati.
“Kecantikannya juga tiada tandingan. Hakikatnya saya suka segalanya tentang dia. Saya melancong ke bermacam-macam tempat tetapi saya tidak pernah melihat wanita cantik sepertinya,”
Kini Adama sedang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Master) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZa), Terengganu.
KOMEN NEGATIF NETIZEN
Ditanya tentang ada komen negatif dari para netizen dan makcik bawang tentang perkahwinannya dengan jejaka asing, Fila tak mahu terus ambil pusing berkenaan hal itu sebaliknya menganggap dirinya bertuah kerana menjadi isteri Adama.
Ini komen Fila tentang isu ini:
“Saya tak kisah apa orang cakap sebab saya tahu hati budi suami saya. Hanya yang rapat tahu hati budi Adama.
“Ayah Adama amat mementingkan pelajaran, al-Quran dah hafal dan belajar lima bahasa. Dia juga datang dari keluarga yang baik-baik. Alhamdulillah.
“Ya Allah rasa beruntung sangat-sangat dapat Adama sebagai suami. Orang kampung pun suka. Apa-apa pun doakan saya dan Adama”
Diimbas kembali, kisah pasangan pengantin ini mula viral sejak hujung minggu lalu apabila gambar pernikahan mereka telah viral di laman media sosial.
Semoga berbahagia buat kedua pasangan pengantin ini.
Sumber: mStar