Kau komplot dengan si dia untuk khianati cinta aku – Wanita ini kongsi kisah suaminya curang

Ini satu perkongsian dari seorang wanita yang telah dicurangi oleh suaminya yang meninggalkan dirinya dan anak untuk bersama wanita lain. Kisah wanita ini menjadi viral di laman media sosial.

Wanita bernama Izzati ini kini mahu meneruskan kehidupannya bersama anak tersayang yang sudah berumur setahun lebih. Memang ramai yang tak sangka wanita secantik Izzati juga telah dicurangi oleh sang suami. Kisah ini lantas menjadi buah mulut para netizen.

Jom baca perkongsian dari Izzati ini:

“Lama.. Sangat lama aku simpan segala yang terbuku di hati ni. Membesarkan anak seorang diri selama 1 tahun 4 bulan. Masih tak layak kah aku untuk bahagia?Masih tak layak kah aku untuk merasa sedikit kemanisan bahagia?

“Di hari kau ber ‘komplot’ dengan si dia untuk mengkhianati cinta aku, setelah aku bertarung nyawa melahirkan zuriat kita, itu adalah hari kau memusnah kan kebahagiaan puteri ku, itu adalah hari kau menghancurkan dongeng aku untuk menghidupkan dongeng kau. Lillahitaala, Nur Adelia Humaira ini tak prnah kenal siapa ‘baba’ yang aku sering sebut. Kau pergi saat pandangan nya masih kabur. Di manakah nurani kau?

“Genap setahun hidup bersama dan kau hadiahkan aku kekecewaan sempena ulang tahun perkahwinan kita. Kebahagiaan yang sepatutnya dirasa untuk aku dan puteri ku, bertukar menjadi cerita derita yang kau dan si dia cipta. Untuk memuaskan nafsu yang tiada hujungnya. Cukup! Si kecil ini sumber kekuatan aku. Sumber untuk aku terus pergi dari mimpi ngeri yang kau beri.

“Lillahitaala. Tak pernah sekali aku larang untuk kau berjumpa puteri kita. Tapi sayang, kau sia kan masa yang kau sentiasa ada, untuk si dia yang menghancurkan bahagia kita.

“Kesian puteri ku, kehilangan kasih seorang ayah di awal usia nya. Ingat! Dia hanya kenal aku sebagai ayah dan ibu nya. Tak rugi kah kau? Saat dia sudah pandai merangkak, lalu berjalan, lalu perkataan pertama nya adalah “baba” di usia 9 bulan. Moga aku terus kuat, untuk menjawab setiap pertanyaan nya tentang kau. Atau bertanya mengapa kau tidak selalu disisi. Saat jatuh bangun nya untuk bertatih.

“Sekarang, berilah aku masa untuk bahagia, walau bukan bersama kau. Tapi bersama zuriat yang dah kau tinggal kan untuk aku jaga dan kasihi. Selamat tinggal tanggal 27, memori kita bersama tak prnah aku lupus dalam ingatan ku.

Sumber: FB Izzati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here