“Kau ingat aku tak semak dengan kau? Berambus!!!” – Ozlynn

Pelakon Ozlynn Wati tampil meluahkan perasaan dan menegur segelintir pihak yang suka mengambil tahu dan mempersoalkan kehidupan peribadinya.

Ozlynn yang kini berumur 37 tahun, berkata dia berasa rimas dengan sikap sebegitu selain melabel mulut orang yang sibuk dengan hal dirinya dan sering persoal kehidupannya itu seperti “bau buntut ayam”.

Melalui Instagram, isteri kepada Johan ini telah menulis luahan hatinya:

“Kadang ada yang tegur, kemaskan rumah, suruh laki (suami) kau tu gunting rambut. Wey kau semak dengan keluarga aku?

“Kau ingat aku tak semak dengan kau? Berambus!!! Kat sini kita jadi manusia normal. Bukan kau celik-celik mulut bau syurga tak eh.

“Kadang mulut kau tu bau juboq (punggung) ayam macam mulut kau masa kau bertanya tanpa fikir perasaan orang”

Ozlynn atau nama penuhnya atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail kerap memuat naik video aktiviti bersama keluarga di rumah menerusi laman Instagramya dan rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut.

Tambah Ozlynn, lebih baik pihak yang tidak suka dengan kehidupan keluarganya untuk unfollow laman IG miliknya itu daripada menambah dosa.

Katanya, dia tidak marah namun memberi peringatan kepada diri sendiri dengan menyekat pihak tersebut sebelum menjawab soalan yang menyakitkan hati keluarga.

“Jadi kalau kau tak suka kat IG yang kau ikut atau stalk, lebih baik blah (pergi) wey. Kurangkan dosa sesama kita. Eh tak, aku tak marah cuma ingatkan diri aku sendiri juga.

“Sebelum jawab soalan yang menyakitkan hati keluarga baik kita sekat awal-awal. Tak ke bagus idea aku tu. kau orang boleh tiru”

Dalam pada itu, isteri kepada pelawak Johan ini memberitahu dia tidak tahu untuk menyunting gambarnya supaya kelihatan berbeza.

Baginya, setiap kali gambar yang diambil akan terus dimuat naik biarpun foto tersebut memperlihatkan perut buncit dan lengan menggelebeh.

“Ramai tanya cantik kulit aku. Maaf aku tak reti nak edit kat telefon. Kadang kat telefon sendiri muka macam bibik tapi bila orang lain post muka kau, mak ai lawanya aku. Perasan!

“Bergantung pada telefon cap apa kau pakai. Aku jenis apa yang aku ambil tu yang aku post. Sebab aku tak nak nanti bila orang jumpa aku cakap dalam gambar nampak kecil luar besar, dalam gambar lawa luar buruk.

“Jadi, aku post saja kadang nampak perut buncit, lengan gelebeh, muka abah-abah. Tak kisah. Tak susahkan sesiapa”

Itulah antara kata-kata dari Ozlynn.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here