Selepas Sajat kena reject untuk beduet dengan Datuk Seri Aliff Syukri, usahawan berkenaan telah mengamuk sakan dan meluahkan rasa sentapnya.
Datuk Aliff Syukri telah memilih Zizi Kirana untuk tampil di dalam lagu rayanya yang bakal dikeluarkan tak lama lagi.
Dek kerana kecewan, Sajat telah menyatakan bahawa suara penyanyi rap wanita asal Sabah itu tidaklah sesedap mana.
Sajat berkata demikian menerusi perbualan WhatsApp bersama Aliff yang kemudiannya dikongsi oleh Aliff sendiri menerusi Instagram, baru-baru ini.
Lalu, untuk menjawab kenyataan Sajat itu, Zizi Kirana semalam pula tampil memberikan reaksi menerusi keratan video di Instagram.
Ini komen Zizi Kirana kepada Sajat:
“Kau apahal cakap macam tu, cakap suara Zizi Kirana bukannya sedap sangat pun. Mana boleh macam tu nyah, kenapa mengata orang? Sedap ke tak sedap janganlah mengata.
“Kau kata hashtag kau jangan mengata tapi kau mengata pulak. Apa tu nyah? Adoi pening kepala aku macam ni,”
Zizi turut berpesan kepada Sajat agar mengikuti kelas nyanyian andai mahu mengasah bakat dalam seni.
“Kalau kau betul-betul minat sangat nak jadi penyanyi atau rapper, kau belajarlah cari cikgu yang bertauliah.
“Aku pun masih belajar juga, tak adalah aku terus hebat-hebat ke apa,”
Ramai yang tak sabar nak dengar lagu raya Aliff Syukri itu. Kita tunggu ye.
Foto: Instagram Aliff, Zizi Kirana