“Kan dah kena…” – Sajat buat penjelasan kenapa pembantunya tampar pekerja farmasi

Baru-baru ini satu video telah menjadi viral di laman Twitter yang memaparkan seorang individu telah menyerang serta melempang seorang pekerja farmasi di khalayak ramai.

Dikatakan mangsa merupakan seorang perunding kecantikan di sebuah Farmasi di pusat beli belah terkemuka Kuala Lumpur.

Menerusi rakaman video berkenaan, individu yang menyerangnya itu dilihat telah menarik mangsa keluar dari farmasi tempatnya bekerja.

Kemudian telah berlaku konfrontasi serta mangsa telah di tamparnya sebanyak 3 kali sebelum berlaku pergelutan.

Ini videonya:

Dikatakan mangsa telah pun membuat laporan polis berhubung insiden tersebut dan mendakwa individu yang menyerangnya itu adalah pembantu peribadi kepada usahawan kosmetik, Sajat.

Menurut laporan polis, mangsa telah diserang oleh 3 orang individu termasuk suspek. Akibat daripada serangan tersebut mangsa mengalami beberapa kecederaan di jari dan muka, malah telefon bimbitnya juga telah hilang sewaktu kejadian tersebut berlaku.

Susulan kejadian itu, Sajat tampil membuka mulut mengenai isu berkenaan. Menurut Sajat, pembantu peribadinya serang pekerja farmasi itu kerana wanita itu tidak mempunyai adab dan tiada budi bahasa.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sajat memberitahu pekerja farmasi itu dikatakan memanggil pembantu peribadinya dengan nama ‘anjing’ dan berkata macam-macam tentang dirinya. Apa pun diharap kes ini dapat diselesaikan dengan baik.

Ini pejelasan penuh dari Sajat tentang isu ini:

“Kes viral pasal pembantu peribadi saya pukul dia ini, disebabkan dia tak ada adab dan tak ada budi bahasa yang baik… cuba lah awak tu mempunyai bahasa yang baik,mesti orang tak kan pukul awak.. awak pulak panggil pembantu peribadi saya (anjing)dan kata macam macam pasal hal saya…bila pembantu saya datang cari awak,takut pulak awak yer… kan dan kena, bertembung buku dan ruas..

“Awak pun nak mengata orang,benci orang,atau menyampah dengan orang sekali pun,cuba tengok diri awak!!! bukan nak hina,tapi boleh nilai sendiri!!! bukan ini gambar awak sendiri masukkan dalam fb awak dan ig awak sendiri!! AIB YER!!! Apa apa pun,kan sakit muka tu kena TAMPARAN WANITA DARI wanita cantik @diamonds_isabella ,dan jugak wanita mempunyai wawasan @mokkay_

“Lepas ini sayang, cuba hormati orang, jangan hina orang,dan jangan aibkan orang..KERANA TANPA KITA SEDARI ,1 jari awak tuju kesalahan orang,9 jari menuju pada diri awak… orang berbudi,kita berbahasa…
orang dok maki,kita kasi BISAA!!!!!
RASAKAN!!! kan dah viral!!!
tapi dia ini macam sesuatu jer??
MACAMMMM…… NO COMMENT!!!
begau begau rupa nya dia ini!!! adakah??? giteww!!

Sumber: Twitter / IG SAJAT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here