Kamu Bukan Anak Seni! Lepas Ni Tak Payah Babitkan Diri Dalam Bidang Hiburan! – Arash Mohd Kepada DS Vida

Sebelum ini ada kenyataan dari Dato Seri Vida iaitu penaja utama Gegar Vaganza musim terduhulu yang mengatakan dia telah membuat rancangan berkenaan sebagai platform untuk artis lama naik semula.

Malah dikatakan ada penggunaan artis ‘sendu’ yang digunakan sekaligus telah membuat artis lama terguris hati dan berang dengan DS Vida.

Antaranya ialah penyanyi irama Malaysia iaitu Noraniza Idris. Kenyataan DS Vida itu membuatkan dirinya terguris.

Ini tulisnya di laman IG: “Apa ni..? GV utk artis sendu naik balik.. astaghfirullah.. desperate ke artis lama masuk GV..? Kecik ati saya.”

Kemudian seorang lagi selebriti lama iaitu pelakon berpengalaman luas, Arash Mohd tampil memberi pandangannya. Kata Arash Mohd, DS Vida bukannya anak seni dan tak pelu melabel ayat sendu kepada artis.

Arash Mohd berkata emamng patut DS Vida memohon maaf kepada Aishah.

Ini kenyataan penuh dari Arash Mohd yang ditulis di laman FB miliknya:

“Siapa kamu yang nak mengatakan penyanyi2 yang mengambil bahagian dalam program GV tu artis2 ‘SENDU’?!!! Kamu bukan anak seni!!! Kamu tak faham erti turun naik dalam bidang seni…!!! Penyanyi2 dlm program GV tu mempunyai kelasnya yg tersendiri laaa…mereka pernah berada di puncak kegemilangan sebelum ini. Cuba buat kajian sikit laaa…adalah normal untuk mengalami situasi turun naik dalam apa jua karier. Aishah pernah menjulang nama negara Malaysia suatu ketika dahulu. Saya masih ingat, Aishah tak pernah lupa memperkenalkan dirinya dari Malaysia di mana jua dia berada!

“So, jangan suka melabelkan title ‘sendu’ pada kami anak2 seni tak kira penyanyi ataupun pelakon. Tolong hormat sikit kerjaya kami. Pada saya, memang patut kamu mohon maaf pada Aishah & semua penyanyi dlm GV ini. Jangan sombong dgn apa yg kamu ada! Sales kamu yang merundum itu adalah satu teguran dari Allah supaya kamu sedar cepat sebelum terlewat.

“Nasihat saya pada kamu senang je…lepas ni tak payahlah nak babitkan diri kamu tu dlm bidang hiburan ni!!! Fokus pada perniagaan kamu sahaja. Jadi usahawan yang ‘Highclass’…yang banyak membantu bangsa sendiri…yang tak ‘over’ hingga mendatang fitnah pada kamu..cari satu marketing strategi yang ‘catchy’ & ‘tertib’…bukannya yang jenis memperbodohkan diri sendiri!!! Masyarakat dah muak dgn imej2 yang over lagi bodoh!!! Jangan rosakkan bidang hiburan dengan pembabitan diri kamu. Nak menyanyi…gi masuk kelas vokal. Tahu yang kamu berduit tapi duit juga bisa menghancurkan kamu!!!!

Dalam pada itu, DS Vida dijangka akan membuat satu sidang media pada petang ini. Kita Tunggu apa yang DS Vida ingin katakan.

Sumber: IG Noraniza Idris dan FB Arash Mohd

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here