Kaka Azraff mengakui hubungannya dan pelakon Che Puan Juliana Evans kini tidak lagi rapat seperti dulu.
Menurut Kaka mereka tidak berkawan semenjak dia mula bercinta dengan suaminya, Adam Azriff pada tahun lepas.
Penyanyi ini mengakui ia mungkin disebabkan Juliana dan suami, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj tidak gembira dia menjalinkan hubungan istimewa dengan Adam.
Ini komen Kaka tentang hal ini:
“Sebenarnya isu ini sudah lama. Hubungan saya dengan Juliana sudah lama tidak baik. Sejak saya mula bercinta dengan Adam lagi.
“Saya tak tahu apa yang dia marah. Tapi kalau ikutkan, suami dia yang kenalkan saya dengan Adam.
“Tapi bila saya mula bercinta dengan Adam, mereka seakan tidak suka. Sejak itu, kami sudah tidak lagi berkawan”
Kaka diminta mengulas mengenai status Juliana di laman sosialnya meluahkan rasa marah terhadap seseorang yang pernah menjadi rakan baiknya.
Menerusi salah satu posting tersebut, Juliana Evans seakan ada beri bayangan individu yang dimaksudkan itu adalah Kaka Azraff dengan meletakkan foto seorang wanita memakai beg di kepala dan jaket serba biru.
Ini sama seperti gambar Kaka yang jadi viral sebelum ini.
Malah, Juliana juga menganggap individu tersebut sudah melupakan jasanya dari awal pembabitan dalam industri seni sehingga menggelar dirinya seorang kawan yang jahat.
Dalam pada itu, Kaka berkata, dia tak nak memanjangkan hal ini dan mahu kemelut antara dia dengan Juliana segera berakhir.
Kata Kaka lagi, dia tidak pernah melupakan jasa sesiapa namun baginya, semua itu adalah rezeki daripada Allah.
Ini komen Kaka:
“Saya tak akan aibkan orang sebab saya tak suka jaja cerita. Kalau dia terasa dengan posting saya sebelum ini, itu masalah hati mereka sendiri.
“Bagi saya, karier saya bermula disebabkan rezeki daripada Allah,”
Sebelum ini, Kaka ada memuat naik posting meminta dirinya dijauhkan daripada orang yang berhasad dengki di laman Twitter. Selepas daripada itu, Juliana turut memuat naik beberapa posting seakan ditujukan kepada Kaka.
Hubungan rapat Kaka dan Jue Evans sebelum ini memang sudah diketahui baik sejak dulu. Malah, Kaka juga pernah menjadi salah seorang ‘bridemaids’ di majlis perkahwinan Juliana pada 30 April 2017.
Namun, hubungan mereka menjadi tanda tanya apabila Juliana tidak hadir ke majlis perkahwinan Kaka dengan Adam Azriff pada 14 Disember tahun lalu.
Sumber: Mstar