“Kalau Yom Dah Besar, Jumpa Balik Abah Ya” Luah Aliff Syukri Buat Ramai Sebak

Selepas menghantar anak angkatnya, Qayyum kembali ke pangkuan ibu kandung pada awal pagi semalam, ahil perniagaan, Datuk Seri Aliff Syukri telah meluahkan hati kepada anaknya yang digelar Yom itu.

Perkongsian berkenaan telah dikongsi di laman Instagram dan ianya telah membuatkan netizen sebak.

Apatah lagi umum mengetahui bahawa keluarga Aliff Syukri ini sudah menjaga Qayyum sejak dilahirkan dari bayi lagi.

Malah yang buat ramai sedih adalah apabila Aliff Syukri meminta Yom mencarinya semula apabila sudah besar nanti.

Ini luahan Aliff Syukri:

“Walapun yom bukan anak kandung abah.. tapi abah syg yom sama mcm anak abah quyyom aliffsyah nama pilihan sy dan isteri waktu dia dlm perut lagi.

“Maafkan abah suka kiss yom kasar2 ..cakap2 kuat2 abah bergurau jee.. kalau yom dah besar yom jumpa abah balik yaa..

“Abah tak nak duit abah nak kasih sayang jee.. abah nak tngok depan mata abah yom bila besar.. sbb abah jaga yom waktu dlm perut lagi… maafkan abah yom,”

Malah, turut dinyatakan sebab mengapa Aliff Syukri dan isteri nya, Datin Shahida tak menghantarnya sendiri kepada penjaga asal.

“Abah dan mama tak sanggup nak tengok dan hantar yom balik dgn ibu kandung yom.. abah wakilkan pegawai abah @liyanaamirah ,pa, bibik,”

Dalam pada itu Aliff Syukri menyatakan dia tak akan menunjukkan video wajah ibu kandung sebenar Yom.

Ini katanya:

“Saya hormati mereka.. ramai yg nak tngok wajah vedio ibuya … .

“Maaf video live atau pic ibu yom saya tak boleh tunjuk sbb saya menghormati mereka dan menjaga maruah mereka.. abah harapkan yom bahgia dan abah mampu berdoa sahaja dari jauh …

Serentak dengan itu, Aliff turut menghadiahkan lagu istimewa buat anak-anaknya berjudul Selawat Dodoi Anakku yang boleh didengar mulai Isnin ini.

“Kami berikan nama lagu ni #selawatdodoianakku .. semoga Yom ingat bila dah besar nanti.. kalau nak dengar boleh lah ke joox, itune , spotyfive smua ada.. utk dengarkan lagu istimewa utk yom. Isnin ni boleh tengok di youtube mv #selawatdodoianakku yg kami buat khas utk kenangan kami sekluarga.. ciptaan @hafizhamidun”

Foto: Instagram Aliff Syukri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here