Jutawan kosmetik yang juga merupakan pelakon dan penyanyi iaitu Datuk Seri Aliff Syukri memang diketahui ada mengambil anak angkat.
Baru-baru ini, pengasas D’herb ini ada mendedahkan mesej peribadi seorang follower yang memperkatakan tentang isu anak angkat.
Pelakon Badang itu berkongsi satu mesej yang berkongsi pengalamannya di dalam menjaga anak angkat, serta tuntutan oleh ibu bapa anak kandung anak angkat yang diambil.
Ini mesej dari individu berkenaan:
Menerusi ruangan caption, Datuk Seri Aliff Syukri berkata jika hal tersebut diketahui awal, dia tidak mahu mengambil anak angkat.
Ini komen Aliff Syukri
“Kalau tau macam ni tak nak aku ambil anak anak ini. Banyak modal dah jabus. Siapa tak faham lagi sila baca.
“Benda yang sama berlaku pada saya,”
Keluhan dari Aliff Syukri itu menerima pelbagai komen dari netizen dan para followernya.
Selain itu, ada juga rakan selebriti yang memberi komen seperti pelakon gerak Khas dan berkas penyanyi kumpulan Elite iaitu Abby Abadi yang sebelum ini cukup aktif membantu mereka yang ingin mendapatkan anak angkat.
Kata Abby Abadi, ibu bapa kandung tidak mudah untuk menuntut kembali anak mereka, kecuali atas sebab-sebab tertentu dan munasabah.
Ini jelas Abby Abadi:
“Tak semudah itu nak tuntut tanpa sebab. Kecuali berlaku kes-kes yang membuatkan bayi teranaiya atau apa-apa isu berbangkit, baru si ibu boleh menang.
“Ingat hakim tak tanya ke kenapa bagi? Apa pun, kalau ada dokumen, kena fight di mahkamah,”
Terdahulu, isu mengenai tuntutan kembali anak angkat Aliff Syukri mulai timbul apabila ada pihak yang menganggap salah seorang anak angkatnya, Qayyum tidak dijaga dengan baik.
Ada juga mengatakan pengasuh Qayyum bertindak seperti ‘mendera’ anak kecil itu.
Namun begitu, perkara berkenaan dinafikan Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida.
Apabila hal berkenaan menjadi viral, difahamkan ibu kandung kepada kanak-kanak lelaki itu dikatakan mahu mengambil semula anaknya itu.
Foto: Instagram Aliff Syukri