Pelakon kacak Saharul Ridzwan kini memberanikan diri dan telah pun bergelar seorang penyanyi.
Tentang nyanyiannya, Saharul Ridzwan menegaskan, dia tak akan sesekali menggunakan teknologi ‘autotune’ untuk memantapkan suaranya kerana tak mahu menipu para pendengar.
Akur dia tidak memiliki bakat besar sebagai penyanyi, pSaharul Ridzwan memberitahu, dia lebih selesa menjadi penyanyi rap (rapper) kerana ia lebih sesuai dengan kemampuan vokalnya.
Ini penjelasan dari Saharul Ridzwan:
“Kalau boleh memang saya mahu mencuba semua, tetapi apabila difikirkan kembali, lebih baik saya melakukan sesuatu yang termampu.
“Dari sudut lakonan, kita memang boleh belajar, tetapi menyanyi perlukan bakat. Kalau suara tidak sedap, buat apapun, memang tidak akan sedap.
“Tidak perlulah guna ‘autotune’ semata-mata untuk memantapkan suara. Disebabkan itu, saya rela menjadi penyanyi rap kerana suara saya lebih sesuai untuk genre R&B hip-hop”
Saharul Ridzwan telah tampil dengan lagu single baru berjudul Buku Putih yang menyaksikan kolaborasi pertamanya bersama komposer terkenal, Ajai.
Katanya lagi, lagu itu bakal menemui peminat tidak lama lagi.
Ini komen Saharul Ridzwan tentang lagu Buku Putih:
“Disebabkan jadual penggambaran yang sangat ketat, hasrat melancarkan single itu terpaksa ditangguhkan seketika.
“Alhamdulillah, sekarang semuanya sudah selesai dan saya sedang menunggu tarikh baharu untuk pelancaran single itu”
Untuk pengetahuan, Saharul Ridzwan turut menulis lirik untuk bahagian rap lagu itu.
Dalam perkembangan kerjaya lakonannya, Saharul akan tampil dengan drama rantaian baru iaitu drama Selafaz Cinta.
Drama ini merupakan arahan bersama Pali Yahya dan Eez Jalaluddin itu turut menampilkan Syatilla Melvin, Puteri Aishah, Sharifah Sakinah dan Aqasha.
Selamat maju jaya dan sukses buat Saharul Ridzwan.
Sumber: BH