“Kalau suami ada alasan untuk cari lain, beritahu apa kurangnya kita..” – Nana Mahazan

Kini telah 10 tahun bergelar isteri dan ibu kepada dua orang cahaya mata, selebriti Nana Mahazan berkata persefahaman antara dia dan suami menjadi senjata paling utama untuk mencipta kesejahteraan rumah tangga.

Nana berkahwin dengan Mohamed Raqeem Brian Abdullah, pada pada Jun 2009.

Berkahwin dengan lelaki pilihan yang juga orang dalam industri hiburan, Nana menyatakan sebagai seorang isteri dia juga perlu percaya dan faham akan kerja suami.

Ini komen Nana Mahazan:

“Satu hal mengenai perkahwinan kami ialah persefahaman. Saya dan dia kena masing-masing faham cara kerja dan percaya di antara satu sama lain.

“Bagi saya kalau itu boleh kita kawal, insyaAllah keharmonian rumah tangga itu akan terjamin,”

Malah ujar Nana Mahazan lagi, sebagai seorang isteri dia juga perlu tahu akan kehendak suami, dan pada masa sama cuba bertanya padanya apa yang perlu diperbaiki, untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang lebih baik.

“Kita kenalah jaga makan minum dia. Jangan hanya pentingkan soal kita semata. Malah kalau suami ada alasan untuk cari lain misalnya, beritahu kita apa yang kurangnya kita, dan akan perbaiki untuk jadi lebih baik.

“Saya pun tidaklah periksa teks yang diterima suami dan sebagainya. Kena kembali kepada rasa percaya itu.

“Ada juga ketika saya akan bertanya kepada suami, adakah dia masih sayang, cintakan saya seperti awal perkenalan dulu,”

Kata Nana Mahazan sentiasa berdoa supaya dijauhkan segala musibah yang boleh datang dalam institusi keluarga kecilnya itu.

Nana Mahazan dan Brian kini mempunyai dua cahaya mata iaitu Althea dan Aaqib.

Dalam perkembangan dunia seni, Nana Mahazan baru selesai menjadi hos untuk Mentor 7 yang telah tamat pada minggu lepas.

Foto: Instagram Nana Mahazan

Sumber: Media Hiburan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here