Seorang gadis dikecam teruk oleh para netizen dan wara Twitter apabila menjadikan jumlah ‘retweet’ sebagai ukuran untuk berkahwin dengan seorang lelaki.
Para netizen ternyata tak boleh menerima dan terus mengecam serta ada yang menyindir tindakan gadis tersebut yang disifatkan sebagai kurang matang dalam soal perkahwinan.
Gadis berkenaan yang dikenali sebagai Bazilah Mohammad berusia 19 tahun, memberitahu bahawa dia mempunyai alasan tersendiri apabila berbuat demikian.
Melalu laporan dari portal mStar, kata Bazilah, posting tersebut dibuat sebagai memberi bayangan kepada orang lain mengenai hubungan istimewanya dengan seorang lelaki bernama Muhammad Asyraf Zulkifli yang juga kawan baiknya.
Ini penjelasan Bazilah:
“Kami best friend jadi tak ada siapa tahu mengenai hubungan kami kecuali keluarga saya dan beberapa adik-beradik Muhammad Asyraf yang lain. Tweet tu sekadar nak bagi hint sedikit dekat orang lain, tak naklah nanti mereka terkejut kenapa kami tiba-tiba kahwin.
“Elok-elok jadi best friend tiba-tiba cakap nak kahwin… kahwin pula mengejut. Perspektif orang ramai berbeza jadi kami ambil jalan alternatif dengan buat tweet tu”
Ini tweetnya yang viral itu:
Bazilah yang berasal dari Machang, Kelantan menegaskan posting di Twitternya pada 15 Oktober lalu itu bukanlah satu gurauan. Malah, dia dan Muhammad Asyraf sememangnya merancang untuk menghalalkan hubungan mereka dalam masa terdekat.
Ditanya tentang jumlah retweet yang sudah melebih 8,000, Bazilah berkata respon netizen itu membuatkan kedua-duanya semakin bersemangat untuk membincangkan hal perkahwinan mereka dengan lebih serius.
Ini jelasnya lagi:
“Tweet tu bukan untuk bergurau. Kami betul-betul serius dan memang merancang nak kahwin dalam masa terdekat. Apa pun perancangan Allah lebih baik. Andai dia ditakdirkan untuk saya, saya terima dia seadanya. Restu keluarga juga kami utamakan. Doakan yang terbaik untuk kami dan semoga Allah berkati hubungan kami”
“Pada awalnya saya buat tweet tu untuk suka-suka… ingatkan tak ada sambutan. Tengok-tengok dah lebih 5,000 retweet, memang tak sangka sangat. Memandangkan kami sudah merancang nak kahwin, tweet itu jadikan kami lebih bersemangat untuk mencari tarikh yang sesuai bagi menyatukan hubungan kami ini”
Tentang kecaman teruk dari netizen yang tajk setuju dengan tindakannya menggunakan retweet dalam soal perkahwinan, Bazilah berkata dia tetap percaya jodoh, ajal dan maut di tangan Allah.
“Saya ambil positif teguran netizen untuk perbaiki diri saya. Kecaman timbul apabila saya kata jodoh di tangan Twitterians sebab Twitter menggunakan sistem retweet tapi saya masih berpegang teguh pada agama.
“Walaupun saya dah buat solat istikarah, tweet tu sebagai satu back up kepada diri saya. Sebab kadang-kadang jawapan Allah bagi dalam pelbagai cara, jadi tak peliklah kalau melalui retweet itu Allah jawab persoalan saya”
Ini pula antara koleksi kecaman dan sindiran pedas dari netizen:
“Nanti kalau cerai pun minta tolong netizen
“Are you kidding? Nak kawin pun nak mintak RT? Marriage is not a joke. Jodoh di tangan Allah, bukan di tangan twitterians ?
“kawin pun mintak rt ya Allah aku ingat zaman kepala bana ni dah habis
“Tahun 2039: dulu tu ayah kamu sepatutnya, tapi nak buat camne tak cukup RT, mak kawin la dgn orang lain
“Skrg nak kawin pun guna rt. “Aku terima nikah blablabla dgn mas kawin 1k rt”
“lah senang je nak kawin rupanya. tak perlu cinta, harta. cukup 5k RT aku kawin tahun ni!
“mama, kenapa mak kahwin dgn papa?’ ‘sebab orang rt, nak’
“In future maybe duit hantaran blh bertukar RT hantaran ?
“Makcik pakcik berapa RT makcik pakcik nak untuk saya kahwin dengan anak makcik pakcik…”
“ak kahwin pun sekarang ikut banyak mana rt, tak perlu dah istiqarah lepasni.
“Aku ingatkan nak confess je perlukan rt , rupa-rupanya kahwin pun sama . So guys kalau tweet ni dapat 5k rt , aku berak
“nak kahwin pun kena minta rt,nanti nak cerai pun jangan lupa minta rt tau.
Sumber: Twitter / mStar