“Kalau dia kurus, confirm lawa” – Pakwe tak suka kekasihnya diet

Perubahan atau transformasi berat badan seorang gadis yang dikongsikan teman lelakinya bernama Hariz Haiyyan di laman media sosial Twitter telah menarik perhatian ramai.

Untuk menurunkan berat badan, gadis itu tidak menggunakan jalan singkat dengan mengambil produk sembarangan sebaliknya berat badan ideal itu dicapai dengan cara yang sihat.

Kata Hariz Haiyyan, gadis yang dikenali sebagai Nik Siti Nur Hidayah itu mula dikenalinya sekitar empat tahun lalu dan kini menajdi kekasih hatinya

Jelasnya, teman wanitanya itu baru sahaja memulakan proses menurunkan berat badan, sekitar sembilan bulan lalu.

“Dia ada cakap, nak sihat dan cantik. Kalau ikutkan, saya tak bagi dia diet. Kalau dia kurus, confirm lawa.

“Saya lebih suka dia macam dulu. Kalau macam dulu selamanya pun tak apa. Sekarang, saya suruh dia makan dan minum macam biasa tapi dia tak nak, sebab dia memang nak jaga makan untuk kurus,”

Walaupun dia tak kisah kekasihnya itu bertubuh besar, namun dia tetap menyokong gadis itu dalam mencapai impiannya serta menegaskan dia tidak pernah memandang rupa paras dalam menjalinkan hubungan.

Menurut Hariz Haiyyan, Nik Siti Nur Hidayah memiliki berat badan sekitar 125 kilogram (kg) sebelum dia mengamalkan diet dan kini mencapai berat ideal 69 kg.

Malah, gadis itu turut melakukan senaman di gym, jogging dan berenang dalam usaha untuk mengurangkan berat badannya.

Bagaimanapun lain pula ceritanya dengan dirinya sendiri, yang mana pemuda itu mendedahkan dia mengalami pertambahan berat badan sejak tahun lalu.

“Saya pun nak juga kekalkan berat badan, tapi semakin naik jadinya. Dari 70kg sekarang 100kg.

“Berat saya naik sebab dia asyik suruh makan, dia pandai masak. Saya paling suka dia masak ayam kicap.

Bercerita lanjut mengenai Nik Siti Nur Hidayah, Hariz Haiyyan turut berkongsi kisah mengenai sehelai kebaya yang dibeli gadis itu sekitar tahun 2017.

Tambahnya, teman wanitanya itu sanggup membeli sehelai kebaya bersaiz kecil yang tidak muat untuk dipakai, namun ia dijadikan sebagai pendorong untuk kurus.

“Memang dia nak amalkan gaya hidup sihat. Bila dah kurus, excited dia nak pilih baju.

“Dia dah ada sehelai kebaya, dah lama dia beli, baju tu jadi dorongan. Sekarang dah boleh pakai,” 

Dalam pada itu, posting Harriz Haiyyan mengenai gadis itu menerima lebih 8,700 perkongsian di Twitter.

Malah, ramai yang memuji transformasi Nik Siti Nur Hidayah selain meluahkan rasa senang dengan sikap Hariz Haiyyan yang sentiasa menyokong teman wanitanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here