Nama Mawi pernah jadi fenomena satu masa dulu ketika menyertai Akademi Fantasia musim ketiga sekitar tahun 2005. Mawi atau nama penuhnya Asmawi Ani menjadi tumpuan setelah berjaya menjadi juara rancangan realiti berkenaan dan terus menjadi bintang popular.
Populariti yang diraih Mawi amat hebat sehingga menjadi viral setip kali membuat persembahan. Malah Mawi juga diangkat sebagai Bintang Paling Popular pada tahun 2005, 2006 dan juga 2007.
Rezeki datang mencurah-curah dan ditambah lagi dengan sponsor yang diterima olehnya.
Frasa yang digunakan oleh Mawi iaitu ‘World’ amat popular pada tahun berkenaan. Kisah hidup Mawi sering jadi tumpuan dan ini termasuklah kisah peribadinya.
Mawi mengejutkan ramai pihak setelah membuat keputusan untuk memutuskan pertunangannya dengan gadis bernama Ina.
Pada bulan Disember tahun 2008 mawi telah memilih Ekin sebagai pasangan hidupnya.
Kini sudah 10 tahun berlalu dan Mawi serta Ekini hidup bahagia bersama anak mereka.
Menerusi satu perkongsian oleh Ekin, penyanyi ini ada menulis luahan hati, cabaran dan dugaan yang dialaminya sepanjang berkahwin dengan Mawi.
Ini luahan dari Ekin:
“Alhamdulillah dah 10 tahun bersama tak terasa, MasyaAllah thank you @cahayaasmawi sebab banyak mengajar I erti kesabaran dan kawal baran hahaha.. Syukur walaupun banyak suka duka yang datang kita tetap chill dan senyum jer ek.
“Touching tengok gambar ni. Masa ni macam-macam dugaan, halangan dan fitnah manusia lempar pada aku sehingga ada yang melebelkan aku kaki kikis la, kaki bomoh la hahaha.. ayooo camna la orang tu semua nak mintak maaf ek atas fitnah-fitnah dia orang ermmn Serammmm..
“Anyway Happy Anniversary to my beloved one @cahayaasmawi semoga awak sentiasa ada dengan saya sampai keakhir nafas saya yek hehe Amin. I love you.
Memang ramai tak sangka ada pihak yang tergamak menuduh Ekin sedemikian.
Semoga perkahwinan antara Mawi dan juga Ekin terus utuh dan bahagia. Amin.