Kaka Azraff sengaja guna alasan hamil

Penyanyi Kaka Azraff telahpun membuat ujian kehamilan setelah tiga minggu mendirikan rumah tangga dengan suaminya bernama Adam.

Kaka berkata, ujian terbabit dibuat selepas suaminya tidak berpuas hati apabila dia memaklumkan tidak sihat dan kemungkinan dirinya hamil.

Kemudian penyanyi ini akui, sebeanrnya di ahanya usik suaminya dan gunakan alasan kononnya dia hamil.

Ini komen Kaka Azraff:

“Saya sengaja mengusik suami padahal tak hamil pun”

“Saya sengaja nak mengelak daripada kemas rumah pada hari itu. Jadi saya gunakan alasan hamil untuk menyelamatkan diri.”

“Adam seorang yang rajin mengemas rumah. Apabila dia melihat saya sering memberi alasan, dia pergi ke kedai farmasi berhampiran dan membeli alat ujian kehamilan.”

“Tak sangka dia minta saya untuk lakukan pemeriksaan itu dan hasil keputusan itu adalah negatif”

Kata Kaka, sebenarnya dia dan suami tak kisah pun untuk menimang cahaya mata dalam waktu terdekat malah berasa teruja jika diberi anugerah berkenaan.

“Kami sangat teruja jika ditakdirkan bakal menimang cahaya dalam waktu terdekat kerana ia akan jadi perkara baru dalam hidup kami.”

“Bagaimanapun kami serahkan soal zuriat kepada rezeki dan takdir Ilahi”

Terdahulu Adam memuat naik video isterinya yang sedang melakukan ujian kehamilan sehingga mengundang spekulasi netizen.

Bagaimanapun, menerusi ujian kehamilan itu Kaka mendedahkan dirinya belum berbadan dua sambil tertawa.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 14 Disember yang lepas.

Sumber: HMetro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here