Jururawat Pula Nak Saman Linda Rafar

Baru-baru ini telah viral isu apabila pelakon dan penyanyi Linda Rafar membuat aduan dan mendakwa jururawat di sebuah hospital bersikap kurang ajar selain tak jalankan tugas dengan baik.

Semuanya bermula apabila permintaan Linda Rafar untuk menukar cadar katil ibunya tak diendahkan oleh seorang jururawat, dan akhirnya jururawat lain yang tukar cadar berkenaan setelah lama dibiarkan kotor.

Isu ini menjadi viral setelah Linda Rafar meluahkan perasaan di laman IG miliknya melalui beberapa post di Insta Story.

Kemudian, berlaku lah perbalahan yang mana, ada pihak yang menyokong Linda Rafar dan ada juga yang menyokong jururawat berkenaan.

Terkesan dengan perkara berkenaan, ada satu persatuan untuk para jururawat, iaitu Delegasi Jururawat Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan hari ini di mana mereka dalam proses mengumpul dana untuk memulakan proses undang undang terhadap Linda Rafar.

Ini status dari FB Delegation Of Nurses:

“Kutipan Derma Bagi Tujuan Tuntutan Undang-Undang terhadap Kes Tular

“Berikutan dari kes viral yang disebarkan oleh seorang artis tempatan terhadap jururawat, terdapat jururawat yang kami dapati telah difitnah oleh artis tersebut tanpa sebarang bukti kukuh. Kami telahpun berhubung dengan mangsa fitnah dan bersetuju untuk membantu beliau membersihkan namanya.

“Jururawat terbabit juga sudah membuat laporan polis dan segala bukti telah di simpan. Artis berkenaan telah menuduh jururawat tersebut mengugut beliau dan memuat naik gambar tertuduh (Jururawat) di akaun Instagramnya sedangkan tiada ugutan dibuat. Mangsa (jururawat) telah menerima kecaman dan ugutan selepas di viralkan tanpa bukti oleh artis berkenaan.

“Maka kami, Delegasi Jururawat Malaysia (DON), mewakili mangsa yang diviralkan dan difitnah oleh artis tersebut ingin memulakan kutipan dana bagi tujuan kos tuntutan undang-undang supaya insiden fitnah seperti ini tidak berlaku lagi di masa hadapan.

“Pihak peguam kami telah bersetuju untuk membuka fail saman terhadap individu tersebut bagi pihak si mangsa fitnah.

“Jadi, kami menyeru rakan-rakan jururawat untuk menyumbang sedikit derma ikhlas bagi tujuan tuntutan saman tersebut. Kami harap semua Jururawat Malaysia, rakan-rakan dalam bidang kesihatan dan rakyat Malaysia yang perihatin memperjuangkan hak dan nasib jururawat dapat beri sumbangan walaupun ianya serendah RM10 demi profession kita.

“Ini adalah bagi memberi teladan kepada yang terlibat serta menjaga nama baik kejururawatan.

Persatuan berkenaan kini sedang mengutip derma untuk mengumpul dana bagi meneruskan perjuangan jururawat berkenaan dan menyaman Linda Rafar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here