Jururawat Nak Saman, Ini Respon Linda Rafar

Penyanyi dari kumpulan Elite iaitu Linda Rafar sedang terpalit dengan satu isu melibatkan jururawat. Isu ini dilihat menjadi besar apabila mendapat perhatian ramai.

Pada mulanya, Linda Rafar mendedahkan dan mendakwa ada jururawat yang tak endahkan permintaannya yang meminta untuk menukar cadar katil ibunya.

Kata Linda Rafar, jururawat berkenaan dikatakan agak biadap dan kurang ajar.

Dalam satu kenyataan dari Linda ketika membalas komen penyanyi Azza Elite yang memintanya untuk bersabar dan banyakkan berdoa mengenai insiden yang berlaku, Linda Rafar mendakwa kenyataan yang diberikan sebelum ini telah dimanipulasikan.

Ini komen Linda Rafar:

“Sekarang saya seorang dihina dan dikutuk oleh persatuan jururawat seluruh Malaysia,”

“Saya tidak menyatakan semua jururawat. Mereka memanipulasikan kenyataan saya.

“Ramai lagi rakyat yang teraniaya. Mereka tiada peluang untuk bersuara”

Linda Rafar juga sempat memberi respon tentang ada persatuan jururawat yang ingin menyaman dirinya kerana dikatakan menfitnah nurse terbabit. Anggota kumpulan Elite itu juga akui terdapat sekumpulan jururawat sedang mengumpul dana untuk menyamannya.

Ini respon Linda Rafar:

“Terdapat kumpulan jururawat yang mengumpul dana untuk saman dan menuduh saya yang ugut mereka.

“Allahuakbar. Allah Maha Adil. Jika bukan di dunia, akhirat menanti kebenaran”

Sebelum ini, pihak media telah melaporkan bahawa selebriti popular tanah air iaitu Linda Rafar meluahkan rasa kecewa terhadap layanan buruk diberikan di hospital di Shah Alam.

Ibunya, Rasimah Abd Rahman, 73 tahun sedang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

Linda Rafar berkata, permintaan nya untuk membantu menukar cadar ibunya yang kotor kerana terkena najis tidak diendahkan dari 3 pagi hingga 1.30 petang Khamis.

Status yang dimuat naik di Instagram Story miliknya itu menajdi viral sehingga mendapat pelbagai maklum balas pengikut serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sumber: Harian Metro

3 COMMENTS

  1. Yg nurse lain tu x yah lah nak sentap sgt,klu ko x buat,ape pun aku nak ckp nurse pun manusia biase gak,korang x pnh buat salah ke,dia luah ape dia rase,dia x ckp pun semua,jdi x yah bodo membabi buta,yg ko beria pertahankan tu pun x kisahkan idop ko pun.

    • Kan…hahahhaha funny people! Tak boleh ke luahkan perasaan kat ig sendiri? Aishhhh la…zaman sekarang yang salah bagus yang betul tak bagus! Adehhhhh

  2. Aku pon de je pengalaman apa yg nurse pernah buat aku rasa lag dasyat kot time tu sarat nk bersalin..Tapi nak buat mcm mn hospital hmmmm redho jela…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here