Baru baru ini, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melancarkan Karnival Usahawan Desa secara dalam talian Tahun 2020 (eKUD@KPLB 2020) yang julung kalinya dianjurkan bermula dengan Jualan Siber pada 11 November lepas.
Karnival ini diadakan secara online melihat kepada potensi pasaran di kalangan orang ramai yang lebih suka membeli belah secara dalam talian selain menbantu para usahawan meneruskan kelangsungan perniagaan mereka terutamanya dengan beralih ke arah platform digital.
Dengan menggunakan Desamall@KPLB sebagai platform, Jualan Siber eKUD@KPLB 2020 kembali lagi pada 25 November dengan pelbagai program seperti insentif baucar diskaun bagi pembeli baharu dan pembeli sedia ada, live streaming sales Desamall Shopee Live, Desamall Lazada Live, Jualan Kilat serta ‘Shocking Sales’.
Bagi korang yang tak sabar nak shopping, korang boleh terus masuk ke ;
Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/desamallonline/
Shopee: https://shopee.com.my/desamall.elokal
Prestomall: https://www.prestomall.com/store/desamall
YouBeli: https://www.youbeli.com/desamall
WowShop: https://www.cjwowshop.com.my/all-categories/desamall.html?p=2
Elokal: https://elokal.com.my/
Vettons: https://www.vettons.com/ Grab: https://www.grab.com/my/
Foodpanda: https://www.foodpanda.my/