Johan Asaari Hadiahkan Al-Quran Buat Kekasih.. Sebelum tidur baca ayat Al-Quran bersama

Nampaknya pelakon Johan As’ari kini sedang menjalin hubungan dengan seorang gadis bernama Nazejulaiti.

Untuk pengetahuan, Nazejulaiti merupakan seorang pengusaha ladang ternak lembu yang juga memiliki gelaran doktor apabila wanita ini merupakan doktor falsafah dalam bidang ekonomi.

Dr Nazejulaiti Mahmud, 33 tahun berkongsi cerita bahawa di awal perkenalan mereka, Johan As’ari ada menghadiahkan senaskhah al-Quran kepadanya. Nazejulaiti berkata, cara berkomunikasi mereka juga berbeza dengan menjadikan ayat suci al-Quran sebagai pedoman seharian.

Ini cerita gadis ini:

“Perkenalan kami baru enam bulan. Sepanjang tempoh itu diakui saya selesa berkawan dengannya. Dari awal pertemuan, dia hadiahkan saya al-Quran. Dari situ saja saya sudah berasakan ada sesuatu yang istimewa mengenai dirinya.

“Kami memiliki al-Quran sama yang lengkap dengan maksud dan terjemahan. Jadi, sebelum tidur atau pada waktu pagi dia suruh saya buka muka surat dan cari ayat tertentu. Kemudian, dia minta saya baca maksud ayat berkenaan sebelum dia buat huraian.”

“Sejujurnya, apabila berkawan dengannya saya berasa kehidupan terisi. Apatah lagi cara kami berkawan dan berkomunikasi berbeza. Lagi pula, sepanjang 33 tahun ini saya tak pernah rapat dengan lelaki dan ada seseorang yang istimewa. Kiranya, Johan adalah yang pertama”

Sementara itu, Johan As’ari berkata, sejak dari awal perkenalan dengan Nazejulaiti, dia sudah menceritakan semua kisah hidup yang pernah dilalui termasuk sejarah percintaan dan kontroversi yang pernah melanda dirinya sepanjang bergelar seorang selebriti.

Ini cerita dari Johan As’ari:

“Dari hari pertama kenal, saya sudah bercerita segalanya. Malah, saya minta dia buat carian di Internet mengenai siapa diri saya sebenarnya.

“Bukan apa, saya mahu bersikap jujur dan telus. Saya mengaku banyak buat silap sebelum ini terutama dalam percintaan. Pendek kata, apabila mulai berkenalan dengannya saya bersih tanpa ada yang disembunyikan.

“Bagi saya, sejarah lama biarkan berlalu. Tidak perlu diungkit. Alhamdulillah, sampai sekarang kami okey saja”

Apabial disoal tentang hubungan yang terjalin, Johan As’ari memberitahu, keluarga wanita itu merestui hubungan mereka, namun tidak pernah memaksa dalam meneruskan ke fasa seterusnya termasuk soal perkahwinan.

Johan As’ari menyerahkan perkara itu atas ketentuan dan jodoh Allah SWT.

“Saya boleh berusaha ke arah itu. Cuma, tak pernah cakap dia jodoh saya. Apa yang boleh dilakukan adalah jalani kehidupan macam biasa. Sekiranya hubungan ini tak menjadi pun, kami masih boleh berkawan.

“Mengenai penerimaan keluarganya, mereka restu dan tak paksa saya. Disebabkan itu saya sangat hormat mereka”

Semoga hubungan Johan As’ari dan juga Nazejulaiti berkekalan sehinggalah ke ikatan pernikahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here