Jiran Ketakutan Bunyi Ketukan Misteri Jam 2.30 Pagi

Selain menuduh ia adalah perbuatan dari hantu namun ada juga berpendapat bahawa ia kaitan dengan kes pecah rumah di kawasan tersebut.

Kisahnya terjadi apabila beberapa orang jiran mendengar bunyi ketukan lebih kurang pukul 2.30 pagi, Sabtu lepas di kawasan rumah mereka.

Individu yang terlibat telah menjelaskan apa yang sebenarnya terjadi pada malam tersebut bagi merungkai misteri bunyi ketukan 2.30 pagi itu.

Ini adalah penjelasan yang diberikan oleh lelaki terbabit:

“Cerita semalam aku nak mandi pukul 2.30 pagi tu. Kepala shower aku rosak. Aku ketuk la kat dinding bagi elok. Tak elok juga.

“Pagi tadi mak aku bagitahu, kecoh dalam grup WhatsApp jiran-jiran, ada bunyi bertukang. Depa ingat hantu ke pencuri. Depa tak tahu tu bunyi aku yang buat. Ampun semua,”

“Shower tu ada button untuk tukar jenis semburan air. Tapi ia rosak, jadi saya ketuklah pada dinding.

“Sebelum ni pun pernah jadi, dan saya ketuk juga. Tapi pagi esoknya, mak kata jiran kecoh dalam WhatsApp.

“Mereka risau dengar bunyi pukul 2.30 pagi. Sampai sekarang mereka belum tahu lagi, tapi tak ada apa-apa pun sebenarnya,”

“Tak ada niat pun nak takutkan orang. Tapi itulah, perangai tak senonoh saya mengetuk awal-awal pagi.

“Saya minta maaf ganggu jiran malam-malam,” ujar anak sulung daripada dua beradik itu.

Jelas peguam muda itu, dia berhasrat untuk mandi pada hari kejadian kerana baru sampai di rumah dari Terengganu disebabkan menghantar adiknya ke sebuah universiti.

Lelaki ini yang mesra dikenali sebagai Kamal tidak menyangka sama sekali ketukan kepala pancuran shower itu ke dinding akan menimbulkan syak serta kegelisahan dalam kalangan jirannya.

Menurut Kamal, dia amat menyesal dan meminta maaf sekiranya tindakan pada tempoh hari menimbulkan kegelisahan dan ketakutan pada jiran tetangga.

Sejujurnya dia langsung tidak berniat mengganggu jiran di kawasan rumahnya yang sedang lena nyenyak tidur pada ketika itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here