“Jika ada apa yang boleh Faz bantu..” Komen Fazura khas buat tunang arwah Adib

Berita pemergian ahli bomba Allahyarham Muhammad Adib sememangnya telah memberikan kesan yang cukup mendalam terhadap seluruh rakyat Malaysia.

Ramai melahirkan rasa simpati terhadap keluarga dan rakan-rakannya, dan juga tunang arwah. Apatah lagi arwah dan tunangnya sepatutnya akan dinikah kan pada minggu ini. Apa kan daya, semuanya telah tertulis, Adib pergi buat selamanya.

Dalam pada itu, pelakon popular juga merupakan isteri kepada Fattah Amin iaitu Fazura mengambil inisiatif untuk mengucapkan takziah kepada waris Allahyarham Muhammad Adib menerusi Instagram miliknya. Menerusi posting tersebut juga, beliau juga menyatakan bahawa beliau sanggup memberikan bantuan kepada keluarga Allahyarham.

Malah Fazura juga memberi komen khas buat tunang Adib.

Ini komen dari Fazura melalui laman IG miliknya:

“Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Malam semalam salah seorang wira kita telah kembali ke rahmatullah. Beliau berjuang ketika menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau dan beliau juga telah bertarung untuk kekal bersama yang tercinta di dunia ini. Namun cinta Allah SWT kepada hambanya yang dikasihi itu jauh lebih kuat dari semua kasih sayang alam ini, walaupun ianya dikumpulkan di satu tempat pada masa yang sama. Tiada kata-kata yang dapat mengungkapkan perasaan Faz ketika ini.

“Faz doakan agar Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan insan yang yang terpilih lagi terpuji. Kepada keluarga Allahyarham, Faz doakan agar segalanya dipermudahkan dan diberikan ketabahan dalam menghadapi ketentuan ini. Doa dan ingatan Faz sentiasa bersama anda semua. Khas kepada tunang Allahyarham, Nurul Najihah Mohd Radzi, Faz doakan agar dikurniakan ganjaran kesabaran dan kekuatan dalam menerima pemergian insan yang tercinta semoga ketabahan itu menjadi contoh yang baik kepada Faz dan ramai lagi. Jika ada apa yang boleh Faz bantu untuk melalui dugaan ini, mohon dapat maklumkan Faz. Akhir kalam, Faz berharap semua bertenang dengan pemergian Allahyarham kerana beliau berada di tempat yang lebih baik. Sesungguhnya doa mereka yang dianiaya tidak akan ada penghalang antaranya dengan Allah SWT. Ameen.

Memang baik hati betul Fazura ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here