“Jijik dan kurang ajar…” Ini Gangguan Yang Diterima Natasha Hudson Setelah Umum Telah Bercerai

Natasha Hudson baru-baru ini mengakui telah kembali hidup solo setelah berpisah dengan suaminya. Namun setelah mengumumkan statusnya itu, ada gangguan yang telah diterima olehnya.

Dedah Natasha Hudosn, ada perbuatan segelintir lelaki yang cuba mencuri hatinya dengan menghantar mesej peribadi (DM) menerusi laman sosial.
Bagi pelakon ini, tindakan sepertyi ini dianggap sebagai biadap dan tidak menghormatinya sebagai wanita.

Pelakon berumur 36 tahun itu juga meminta lelaki terbabit supaya menghentikan hasrat mereka mencuba nasib untuk mendekatinya kerana hatinya tidak mudah cair dengan cara begitu.

Ini pendedahan dari Nastasha Hudson:

“Lelaki yang menghantar DM (mesej peribadi) kepada wanita di media sosial dengan harapan ia akan dibalas adalah menjijikkan dan kurang ajar.

“Daripada cara dan adab mereka bermesej sudah menunjukkan segala-galanya. Lelaki seperti ini tidak memenuhi ciri-ciri yang saya cari dan saya tahu apa yang saya mahukan”

Natasha Hudosn menegaskan laman media sosial bukan tempat untuk dirinya mencari jodoh dan berharap para netizen di luar sana untuk menggunakan platform itu untuk tujuan yang lebih baik.

“Media sosial bukan tempat memancing atau mengeksploitasi personaliti murahan awak. Gunakan ia sebaik-baiknya dan jangan merendahkan darjat diri dengan perkara yang tidak elok”

Katanya lagi, dia memilih untuk tidak membalas sebarang mesej peribadi di laman sosial kerana kebanyakan orang luar menganggap berkawan dengan seseorang terutamanya di alam maya sangat mudah.

“Saya tidak membalas kebanyakan mesej, melainkan ia penting dan membawa faedah terhadap semua pihak. Saya juga bukannya kaunselor untuk memberi pendapat kerana saya juga mempunyai masalah sendiri. Saya yakin anda boleh selesaikan mengikut logik dan keperluan”

Natasha Hudson akui sudah berpisah dengan bekas penyanyi hip-hop, Carleed Khaza tanpa menyatakan tarikh sebenar perceraian mereka.

Selepas membuat pengakuan mengenai perpisahannya, Natasha Hudson menerima pelbagai mesej daripada lelaki yang tidak dikenali di laman sosialnya untuk memikatnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here