“Jenis tak ngaku kalah, kau je betul.. sombong” – Netizen sekolahkan Suhaimi Saad isu solat di angkasa

Suhaimi Saad yang menggunakan nama MOSUS di laman FB, sejak akhir-akhir ini selalu buat status dan kenyataan yang agak kontroversi sehingga mencetuskan kecaman dari orang ramai.

Yang terbaru, bekas anggota kumpulan nasyid InTeam berusia 38 tahun itu mempersoalkan tentang aturan waktu solat angkasawan Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ketika berada di International Space Station (ISS) selama 12 hari.

Kata Suhaimi, waktu siang dan malam yang hanya berlaku selama 45 minit menimbulkan persoalan iaitu berapa minit sekali bagi menunaikan setiap solat oleh angkasawan tersebut.

Ini komen Suhaimi Saad:

12 hari di ISS (Stesen Angkasa)
Siang 45 minit
Malam 45 minit
Tidur 5 jam sehari
Solat setiap berapa minit sekali?

Kalau tidur 5 jam sehari,
Bererti banyak solat yang tertinggal.
Sebab sehari di sana hanya berlaku dalam masa 90 minit.

Adakah balik tidur di Kazakhstan setiap malam?

Mohon penjelasan, bukan kecaman.
Sebab nak siapkan kajian.

Yang tak tahu,
Tak perlu jawab.
Komen akan dipadam dan id akan diblock.

Kenyataan dan pertanyaaan dari Suhaimi Saad itu telah menarik perhatian netizen yang terus bertindak mengecammnya dan mengatakan Suhaiami Saad amat laparkan perhatian.

Ini respon dari netizen yang panas hati dengan Suhaimi Saad:

Azmi Amiruddin: “Aduh bang… Kan DR sheikh pernah ckp.. dia follow waktu solat Kazakhstan iaitu tmpat dia berlepas.. dia xikot la waktu angkasa bang.. follow la video2 dia kt youtube.. KE SAJE KELUAR STATEMENT BODOH UTK LARISKAN MEE KARI AND LAKSA?????

Amirul Syahid: “Si Mosus ni ckp je dia kaji.. tapi sebenarnya dia x kaji.. dia tahu logik akal dia je.. agaknya baru dpt sumber siang malam kt iss terus bohh kat status tanpa tgk sumber lain mcm mana nak solat.. betul la dia cuba buat status sebab dah tw org x layan dah dia sgt..

Aki Sarah: “Attention seeker la dia ni..Dr syeikh muzafar pn xmo lyn la.. Bkn level dia la.. Sorry

Ridzuan Qarl Rusli :
“1. Saje buat2 bodoh..
2. Jenis xnk mengaku kalah..
3. Kau jer nak betul..
4. Sombong
5. Last2 nk jual mee kari.. hamba..#sendu

Nur Syazwani Shaari : “Kajian melalui google semata2. Da bukak internet tu search la kt youtube cara solat di angkasa. Kalau masih tak puas hati jugak tanya direct sendiri la kt angkasawan, jangan tanya kt sini. Mengundang kecaman je. Bila kene kecam sentap lak.

Sumber: FB MOSUS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here