Jenazah Mangsa Ketiga Kes Covid-19 Selamat Dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Tawau, Sabah

0
529

Jenazah mangsa kes COVID-19 ke-152, yang disahkan meninggal dunia pada jam 6.27 petang Jumaat di Hospital Besar Tawau, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Putih Tawau pada jam 10.30 Jumaat malam.

Lima petugas hospital yang berpakaian lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE), mengangkat jenazah menggunakan pengusung hospital.

Ahli keluarga serta rakan jemaah ahli tabligh yang turut hadir dilarang menghampiri kawasan perkuburan, sehingga selesai pengebumian.

Mangsa, seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 58 tahun, merupakan daripada kluster jemaah tabligh.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac selepas dikesan positif Covid-19, dan mengalami simptom Infeksi Saluran Pernafasan Akut Teruk, serta diberi bantuan pernafasan.

Keadaan kesihatannya didapati merosot dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), sebelum disahkan meninggal dunia hari ini.

Selasa lalu, dua kematian pertama melibatkan seorang paderi di Hospital Umum Kuching dan seorang peserta himpunan tabligh di Hospital Sultanah Aminah, Johor.

 

Sumber : @astroradionews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here