“Jauhi jantan yang buka aib mu..” – Bapa Emma Maembong luah perasaan

Bapa kepada pelakon Emma Maembong iaitu pelukis terkenal Ismail Embong telah memuat naik satu status di laman Facebook yang mengingatkan para perempuan dan wanita agar menjauhi lelaki yang tidak berguna.

Ismail yang kini sudah berumur 70 tahun, menerusi Facebooknya pada Khamis berkata, lelaki yang membuka aib seorang wanita hanyalah mempunyai niat jahat.

Ini perkongsiannya:

“Duhai perempuan, wajib jauhi jantan yang buka aib mu, dia sesungguhnya iblis bertopengkan manusia sering berusaha memecahkan umat dan keluarga,”

Perkongsian Ismail yang menggunakan akaun Maembong Ayoh itu menerima banyak respon balas dari para netizen dan rakan-rakannya.

Rata-rata orang ramai telah meminta pelukis berkenaan terus bersabar dan menasihati agar anak perempuannya untuk kembali berhijab dan terus menutup aurat.

Untuk pengetahua, hari Rabu yang lepas, dunia industri hiburan tanah air telah dikejutkan dengan keputusan Emma Maembong untuk tidak lagi bertudung selepas lima tahun berhijrah dan menajdi seorang muslimah berhijab.

Emma Maembong telah tampil di satu temubual dengan Berita Harian dan menjelaskan keputusan yang dibuat itu adalah kehendakknya sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here