Jasmine Suraya Respon Tentang Baju Nampak Lurah

0
4298

Berberapa hari yang lalu kecoh dengan satu gambar yang menunjukan pelakon Jasmine Suraya Chin berpakaian yang menampakan lurah dadanya.

Ekoran daripada gambar tersebut telah menjadi bualan netizen. Ada yang berpendapat bahawa pelakon itu seperti lupa memakai pakaian dalam.

Namun dia memilih mengunci mulut dan tidak mahu komen tentang foto dia pakaian seksi yang menampakkan bahagian lurah dadanya di Instagram miliknya.

Jasmine Suraya Chin Xian Mei berkata dia berasa bimbang jika kenyataan yang dikeluarkan hanya menimbulkan salah faham serta menyentuh sensitiviti masyarakat setempat.

Antara respon yang diberikan oleh Jasmine:

“Saya faham ada netizen yang salah faham dan kurang senang melihat foto penampilan saya di sebuah acara hiburan yang dikongsikan di Instagram.

“Tetapi saya memilih untuk tidak memberi sebarang komen mengenai isu tersebut sebab ia akan melibatkan banyak perkara seperti agama.

“Selain, saya takut juga jika kenyataan yang saya berikan itu disalah erti atau menyinggung orang lain,”

“Saya sedar perkongsian itu mungkin telah mengundang kecaman netizen tapi pakaian itu rekaan designer terkenal.

“Mungkin selepas ini saya perlu lebih berhati-hati apabila nak memuat naik sesuatu di Instagram. Apa-apa pun, saya terima saja komen daripada netizen.

“Yang boleh membantu perbaiki diri saya kelak, saya terima tetapi saya biarkan saja kalau komen tidak berfaedah,” 

Pelakon ini juga diminta mengulas mengenai perkongsian gambar itu yang mengundang buah mulut dalam kalangan netizen.

Netizen juga telah membuat spekulasi bahawa Jasmine Suraya tidak mengenakan pakaian dalam atau coli sehingga ia menunjukan lurah dada dan disifatkan sebagai seksi.

Turut berkata bahawa dia yang menyedari perkongsiannya itu telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif daripada warga net.

Malah dia turut berjanji selepas ini akan lebih berhati-hati dalam setiap tindak tanduk yang dilakukan dan akan memperbaiki dirinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here