Janna Nick Buat Servis “Wish Birthday” Di IG Dengan Harga RM50.. Pandai Buat Duit

Apabila tiba hari lahir, sudah tentu mereka mengharapkan ucapan dari org yang istimewa dan juga dari insan tersayang. Malah kalau ada yang sedang bercinta, sudah tentu ingin buat kelaian untuk pasangan mereka.

Oleh itu, mereka yang ingin buat ucapan hari lahir, kini dah boleh minta pelakon popular Janna Nick beri ucapan hari lahir di IG miliknya. Harganya pun murah sahaja iaitu hanya RM50 untuk sekali ucapan.

Semalam, Janna Nick telah memuat naik sebuah gambar beserta detail di Instagram Story miliknya. Bagi mereka yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan tersebut, anda hanya perlu membuat bayaran sebanyak RM50 dahulu sebelum menerima ucapan dari beliau.

Sebenarnya bukan wish birthday sahaja, banyak lagi ucapan lain boleh dibuat seperti ucapan selamat menjalani peperiksaan atau apa sahaja ucapan boleh dibuat.

Malah ada juga yang buat ucapan ingin mencari jodoh yang turut dipromosikan oleh Janna Nick.

Servis dari Jannaj Nick ini mendapat reaksi pelbagai dari para netizen, ada menyokong servis berkenaan dan seeprti biasa ada juga yang memeprlekehkan servis dari Janna Nick itu.

Ada mempertikaikan buat servis seperti itu dan ada yang mengatakan ianya satu pembaziran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here