“Jangan terpedaya dengan kekayaan, si kaya tidak pernah siap..” – pesanan Dato Rosyam Nor

Datuk Rosyam Nor antara selebriti yang amat popular dan disegani di Malaysia. Malah ada yang menganggap Dato Rosyam Nor agak sempurna kerana mempunyai segalanya dari aspek kekayaan mahupun bisnes yang semakin berkembang dengan baik sekali.

Namun di sebalik kesibukkan dan kejayaannya, Dato Rosyam Nor tetap beringat kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Pelakon ini berjaya menerusi perniagaan iaitu pasaraya, ST Rosyam Mart yang semakin mendapat perhatian ramai. Pernah viral dan kecoh apabila beliau menjual ayam sekor pada harga RM0.88 sen yang menyebabkan ramai pengunjung serbu ke pasarayanya yang terletak di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Rosyam Nor yang kini berusia 51 tahun ini bukan saja dikenali sebagai pelakon popular yang pernah menang pelbagai anugerah atas lakonannya tapi beliau juga membuktikan dirinya sebagai usahawan yang berjaya.

Dalam status terkininya di Instagramnya,Rosyam Nor sempat memuat naik status dengan mengajak orang ramai bersedekah sebanyak RM1 sebagai mengambil keberkatan Jumaat.

Dalam status sama, beliau mengingat netizen di media sosial agar jangan terpedaya dengan harta kekayaan kerana golongan ini juga tidak pernah untuk menyiapkan kain kafannya sendiri.

“Si Kaya Tidak Pernah Siap Kain Kafan Buat Dirinya Meski Cuma Selembar” – itulah antaar kata-kata dari Dato Rosyam Nor

Peringatan dari Rosyam Nor terhadap Allah telah mendapat komen ramai netizen yang bersetuju dengan kenyataan itu. Ada yang berterima kasih kepada pelakon ini kerana mengingatkan perkara berkenaan

Sumber: IG @iamrosyam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here