Jangan ‘membahan’ orang atas pentas – Azlee Senario tegur pelawak

Kini semakin banyak hadirnya pelawak baru yang terus menjadikan industri hiburan tanah air semakin meriah. Akan tetapi bukan semua mampu mempersembahkan lawak berkualiti dan yang buat lawak menggunaan bahan yang tak sepatutnya.

Ada juga yang hanya sekadar menyampaikan jenaka kosong untuk dijadikan bahan gelak ketika berada di atas pentas.

Pelawak yang berstatus senior, Azlee daripada kumpulan Senario, nenveri pendapat bahawa para pelawak perlu memahami konsep lawak dan tidak menyinggung perasaan pelawak lain atau orang lain.

Ini komen Azlee Senario:

“Kebanyakan pelawak baru memang hebat, mereka menjadi pelapis pelawak yang sedia ada. Cumanya, saya nak pesan kalau melawak janganlah sampai menyinggung perasaan orang lain.

“Kita buat lawak kena cekap menggunakan akal fikiran dan ada konsep berkaitan isu semasa. Jangan bahan orang atas pentas sebab ada orang suka tapi ada juga yang menyampah.

“Kalau boleh elak, elakkan… jaga tingkahlaku sebagai pelawak semasa di atas pentas dan di mana sahaja kita berada,”

Sementara itu, Azlee berkata teguran serta nasihatnya itu bersifat terbuka dan tidak ditujukan kepada mana-mana individu.

“Saya tak mengata sesiapa tapi apabila keluar cerita-cerita kurang indah di laman sosial mengenai pelawak bergaduh sesama sendiri, tak eloklah.

“Jangan lukakan hati sesiapa dan melawaklah dengan mesej yang betul,”

Berbicara tentang kumpulan Senario, Azlee memberi bayangan untuk membuat comeback di kaca TV. Memandangkan ramai yang rindu dengan lawak jenaka dari kumpulan Senario, Azlee memberitahu memang ada perancangan untuk membuat sitkom Senario Reunion tapi kini masih diperingkat perancangan.

Azlee berkata sedemikian ketika ditemui semasa Majlis Perasmian Al Waqar Travel Sdn. Bhd. Dalam program tersebut, Azlee telah dilantik sebagai ikon kepada agensi pengurusan umrah tersebut.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here