“ Jangan Cepat Melatah” Komen Black Buat Haneesya Hanee

Agak kecoh juga media sosial baru-baru ini apabila ibu kepada pelakon yang baru sahaja meningkat naik iaitu Haneesya Hanee apabila ibunya sendiri telah terkesan akibat perbuatan segelintir netizen.

Ada berberapa netizen telah bertindak menghina warna kulit anaknya itu menjurus kepada kemarahan ibu aktres itu dan ibunya bertindak mahu menyaman netizen yang melakukan hal itu.

Penyanyi Black Hanafiah juga turut memberi komen terhadap pelakon baharu Haneesya Hanee supaya dia tidak cepat marah bila warna kulit yang gelap itu sering dijadikan bahan ejekan netizen.

Menurut Black lagi, disebabkan kekurangan itu dia sepatutnya patut menjadikan senjata yang padu bagi terus bersinar dalam industry hiburan ini.

Komen Black lagi :-

“Pada pendapat saya, Haneesya baru menapak dalam industri, mungkin dia sekeluarga masih belum biasa dengan situasi semasa seperti media sosial.

“Dia masih terkejut di mana orang mengenali namanya, stalk dia, follow dia, jadi saya nak nasihatkan Haneesya supaya jangan cepat melatah malah jadikan kekurangan itu sebagai senjata,”

“Saya tak pernah nak report polis sebab orang cakap saya ni black kerana saya sedar saya seorang lelaki berkulit gelap. Tetapi disebabkan kulit gelap ini saya mendapat tempat dalam industri.

“Saya rasa kalau saya putih, orang takkan kenal saya. Black adalah hitam dan hitam adalah manis.

“Pada saya, Haneesya mempunyai identiti yang tersendiri, kalau orang sebut je nama dia mereka sudah boleh terbayang wajah dan tona kulitnya,”

Menurut Black lagi dia langsung tidak sedikit pun berkecil hati apabila ada segelintir mempermainkan warna kulitnya yang gelap itu malah mengangap ia merupakan kelebihan yang tersendiri berbanding artis yang lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here