Memang kecoh di laman media sosial apabila pelakon Aeril Zafrel dikatakan ada kembar. Sebenarnya bukan kembar betul pun, tetapi wajah seakan sama sahaja.
Gambar ni mula nya dimuat naik oleh Elyana di laman Ig miliknya yang mana dia sedang bergambar bersama ais aiskrim dan penjualnya.
Apabila pandang lama-lama, ada netizen yang mengatakan raut wajah penjual ais krim itu sama seakan Aeril Zafrel dan ramailah yang mula membahan suami Wawa Zainal itu.
Aeril Zafrel yang popular dengan sikap selamba terus share gambar itu di laman Twitter dengan caption: “masalahnya sekarang ni. Apahal ramai tag aku???.
Melihat gambar yang dimuat naik Aeril ramai yang terus memberi komen yang lucu. Ada yang mengatakan lelaki itu kembar Aeril dan ada yang mengatakan itu adalah Aeril yang sedang cari duit lebih dengan jual aiskrim.
Ini antara komen dari netizen:
“Gigih Aeril cari duit. Inilah ciri-ciri suami yang kita mahukan.”
“Sumpah aku ingat Aeril Zafrel tadi,” jadi antara komen netizen.
“Jangan buat2 amnesia (lupa) pula.”
“Haha…tahniah bosskur jumpa adik kandung yang sudah lama terpisah.”
“Makin gelap noohh bossquuee
“Untunglah @aerilzafrel bisnes berkembang jual ice cream pulak hahahahaha
“part time tak khabar kite. ke jual aiskrim kat celebrity jeee.
“Saya dah tau kenapa org tag. Mesti org yg jual aiskrim tu, kembar aeril zafril kn.
Foto : Twitter Aeril Zafrel