Agak kecoh di laman media sosial apabila pelakon jelita Fasha Sandha memuat naik sekeping gambar sedang diangkat oleh tunangnya iaitu Aidil Aziz.
Fasha Sandha dikritik dengan amat teruk oleh netizen selepas memuat naik gambar aksi berkenaan.
Gambar ini telah mendapat banyak respon yang negatif dari netizen apabila mula dimuat naik. Ada netizen yang menganggap aksi ini tidak patut ditunjukkan terutama di depan anaknya.
Ramai yang nasihati meraka hanya lah baru sahaja bertunang dan masih belum berkahwin dan bergelar suami isteri oleh itu, mereka seharusnya menjaga batas masing-masing.
Memang pelbagai lagi komen diberikan kepada Fasha Sandha yang mana rata-rata kurang gemar dengan tindakan Fasha itu.
Tidak tahan dikecam ramai, pelakon ini tidak hanya berdiam diri, Fasha dilihat membalas komen-komen berbentuk kecaman tersebut dengan tenang dan turut berterima kasih di atas semua teguran.
Bagaimanapun, susulan jawapan balasnya itu, ada segelintir netizen menyifatkan Fasha tidak boleh menerima teguran atau nasihat.
Menurut Fasha Sandha, hanya Allah yang berhak menentukan hukum hakam perbuatannya itu. Dia juga meminta agar netizen berhenti mengajarnya.
Namun setelah memberi komen, Fasha kena hentam dengan lebih teruk apabila ada kenyataannya dianggap tidak berlandaskan agama apabila menolak hukum halal haram.
Ini antara kenyataan dan komen yang diberikan:
Walaupun ramai yang mengecam, masih ada sesetengah netizen terutama peminat yang sayangkan Fasha dan memberikan teguran secara baik dengan menasihati Fasha Sandha agar menjaga tingkah laku dan jaga batas pergaulan.
[…] Sumber Feed […]