Jambatan Runtuh Di Taman Serdang Malam Tadi, Dua Disahkan Maut

0
4268

Satu kejadian jambatan runtuh telah berlaku di negeri Kedah malam tadi. Dua orang mangsa telah disahkan maut apabila telah tertimbus dalam kejadian runtuhan jambatan berdekatan Taman Serdang di Serdang, semalam.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, DSP Barudin Wariso mengesahkan perkara berkenaan. Polis berkata kejadian berlaku kira-kira 10.15 malam membabitkan mangsa yang mana dua orang lelaki yang merupakan penunggang dan pembonceng motosikal.

Namun begitu, kedua-dia identiti mangsa masih belum dapat dipastikan.

Menerusi laporan Bernama, kedua-dua mangsa warga tempatan itu tertimbus di bawah runtuhan.

Para anggota bomba dari Balai Bomba Serdang digerakkan ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat.

Anggota penyelamat telah menemui motosikal dan topi keledar dipercayai milik kedua mangsa berkenaan.

Sekitar jam pukul 12.15 pagi, mangsa pertama hanya ditemui dan seterusnya mangsa kedua lima minit kemudian.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Sementara itu Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah dalam kenyataannya memaklumkan menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.27 malam sebelum 11 anggota dari Balai Bomba Serdang dan jentera FRT digerakkan ke lokasi kejadian.

Ini kenyataan Bomba:

“Setibanya jentera bomba di lokasi kejadian didapati terdapat sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 telah berada di bawah runtuhan jambatan di dalam kawasan taman dan dipercayai terdapat dua orang mangsa yang terlibat di bawah runtuhan jambatan tersebut.

“Ketua operasi membuat size-up dan mengarahkan anggota melakukan pencarian di bawah runtuhan jambatan dengan membuat penggalian menggunakan cangkul bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus lebih kurang 0.3 meter”

Kedua-dua mangsa berkenaan yang berusia 17 tahun sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang berada di lokasi.

Sumber: BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here