Jaket Tersangkut Pada Tayar Motor Dan Belit Leher Mangsa

Kita semua sudah maklum bahawa kemalangan semestinya tidak berbau namum sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran semestinya kita dapat melakukan sesuatu agar kejadian seperti itu tidak berlaku.

Menjaga keselamatan semasa menunggang motor khususnya haruslah di titik berat dan bukan sahaja perlu mematuhi undang-undang jalan raya supaya kejadian yang tidak di ingini berlaku.

Vedio kemalangan yang terjadi terhadap seorang penunggang motorsikal yang viral di segenap media sosial telah memaparkan individu ini telah memakai jaket secara terbalik yang mengundang kemalangan.

Seorang pengguna laman sosial Facebook telah merakam detik-detik seorang penunggang tersebut kemalangan apabila jaket yang dipakainya telah tersangkut pada rim motosikalnya.

Kata Fatin yang merupakan saksi kejadian itu :-

Hari ini nak share kemalangan yang jadi live depan mata kami semalam. Tujuan post ini dibuat adalah sebagai peringatan dan diambil ikhtibar atas apa yang berlaku.

Dalam video ini, boleh nampak baju jaket yang dipakai mangsa, menjadi potential threat or fatal pada mangsa, tersangkut dan menyebabkan mangsa hilang kawalan.

Jaket tersangkut pada tayar motor dan membelit leher mangsa menyebabkan saluran pernafasan mangsa blocked.

Mangsa nampak memang 50-50 masa husband dan pak cik first tu datang tolong. Mangsa sedar beberapa minit kemudian berkat bantuan orang awam bantu cpr.

Alhamdulillah ramai rakyat Malaysia yang prihatin. Ramai sangat yang berhenti tolong payungkan.

Based on apa yang saya saksikan sendiri semalam, how mangsa struggle. Boleh dikatakan pakai jaket atau raincoat backward atau kebelakang tanpa dizip boleh membahayakan nyawa anda!

Dan jangan lupa baca doa setiap kali memulakan perjalanan. Alhamdulillah Allah lindung kami sekeluarga berkat baca doa setiap kali kereta mula bergerak.

Kalau motor tu terpelanting pada kereta kami, pun tak tahu lagi apa nasib kami.
Syukur pada Allah juga kerana izinkan kereta kami berhenti, tak terlanggar mangsa walaupun struggle husband kawal kereta masa tu.

Mujur masa kejadian, husband yang drive dan cepat-cepat bertindak keluar tolong. Hayyan Anaqi pun duduk dalam carseat dia masa tu.

Kalau jadi dekat diri sendiri sorang-sorang, dengan kalut, berdebar, jadi blank tak tahu nak buat apa.

So pada family dan kawan-kawan yang menggunakan motor ke tempat kerja atau mana-mana please pakai baju tu betul-betul and proper. Malang tu tak berbau. Sekelip mata je boleh jadi.

Seram melihat apabila kejadian seperti itu terjadi, sememangnya malang tidak berbau tetapi kita boleh mengambil pelbagai langkah pencegahan sebelum terlambat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here