Jahat Mulut Budak Sekarang

Realiti kehidupan yang dilalui setiap insan berbeza dengan orang lain termasuklah murid perempuan berusia tujuh tahun ini.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Layla telah dikongsikan oleh bapanya, Faizal Kamsani menerusi Twitter dan telah menerima pelbagai reaksi warga net.

Ini kisah yang dikongsikan oleh bapa tersebut:

Anak saya darjah satu. Suatu hari bila balik sekolah dia mengadu.

Dada masa tengah betulkan tudung depan cermin dalam toilet tadi kawan kakak cakap, muka tembam pun nak berlawa-lawa.

“Dia beritahu sambil air matanya bergenang. Jahat mulut budak sekarang,”

“Bila tengok dia sensitif macam tu, remuk hati kami. Tapi saya pesan jangan sedih-sedih dan jangan buat dekat orang. Elakkan orang yang negatif.

“Bila anak perempuan dah besar, perkataan melibatkan rupa dan fizikal sensitif untuk dia.

“Mungkin ini kali pertama dia tahu bahawa tak semua orang akan bersikap baik terhadap dia,”

“Allahuakhbar, dia dah hadapi dunia sebenar. Saya dan isteri, nak kata terkilan tu tak juga. Sebab Layla seorang yang happy go lucky.

“Dia sebenarnya tembam-tembam sikit sahaja. Badan dia agak comel, bukan gemuk.

“Tak adalah nak salahkan sesiapa. Nak ingatkan pada diri sendiri juga. Apa kita cakap akan reflect apa anak kita akan buat.

“Kena hati-hati. Ingatkan mereka to be kind. Bergurau tu kadang-kadang boleh jadi buli. Bergurau jangan rendah-rendahkan orang,

Bapa murid darjah satu yang juga merupakan pensyarah itu berkata dia tidak berniat menyalahkan tetapi sebaliknya berkongsi kisah itu sebagai pengajaran  bersama.

Menurut dia lagi, bersyukur apabila anak perempuanya  terbuka untuk menceritakan masalah dengan ahli keluarga.

Malah, dia turut menasihati kepada Layla bahawa inilah realiti yang perlu dihadapi dalam kehidupan sebagai mendewasakan kita.

Posting yang dimuat naik oleh Faizal di Twitter sehingga kini telah menerima lebih 14,500 ulang kicau (Retweet).

Bukan itu sahaja ramai netizen dalam kalangan ibu bapa juga membanjiri posting itu dan meluahkan pendapat masing-masing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here