Izreen Kongsi Gambar Anak Tumbuh Gigi

Hasil tinjauan daripada laman sosial Instagram milik pelakon jelita Izreen Azminda yang juga merupakan isteri kepada pemuzik bebas Ude Wahid mendapati pelakon ini kerap berkongsikan gambar terkini anak keduanya.

Anak lelaki keduanya hasil daripada perkahwinan kedua buat pelakon ini serta pemuzik bebas, Ude Wahid.

Anak lelaki mereka yang diberi nama Aaaron Ibrahim yang dilahirkan pada 29 Jun lalu kini sudah mencecah usia lima bulan.

Jika sebelum ini, Izreen ada berkongsikan gambar sekitar percutian mereka sekeluarga di Ho Chi Min, Vietnam bersama dengan bayi mereka yang berusia lima bulan itu.

Terkini, apabila Izreen Azminda sekali lagi berkongsi detik gembiranya apabila anaknya yang berusia lima bulan itu sudah pun tumbuh gigi.

Jelas kelihatan dua batang gigi telah tumbuh dan Aaron Ibrahim kelihatan sangat comel.

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut menulis kapsyen di foto yang dikongsikan olehnya:

 “Awak baru nk masok 5 bulan.. Dah dua batang gigi dah adik.. #aaronibrahim,” 

Sebagai rekod, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid telah bernikah secara rahsia pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya.

Ketika itu, Ude Wahid masih lagi bergelar suami kepada Intan Liana dan Izreen Azminda ketika itu menjadi isteri kedua kepada pemain muzik bebas ini.

Namun, perkahwinan Ude Wahid dan Intan Liana tidak berkekalan dan pasangan ini telah berpisah serta dikurniakan dua orang anak lelaki sepanjang perkongsian hidup mereka.

Manakala bagi Izreen pula, dia sebelu ini juga pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada tahun 2012 namun telah bercerai pada 2014 dan  juga dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar yang kini berusia enam tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here