Izara Aishah dedah sikap Siti Nurhaliza sebagai ibu mertua yang sering mengambil berat

Pelakon popular tanah air iaitu Izara Aishah diketahui merupakan menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza.

UCAPAN KEPADA SITI NURHALIZA

Semalam pelakon ini telah menulis satu nukilan khas buat penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza sempena dengan hari ibu yang disambut pada tanggal 12 Mei.

Kongsi Izara Aishah, dia amat berterima kasih kepada penyanyi berkenaan selaku ibu mertuanya itu atas perhatian dan ambil beratnya.

Tambah Izara yang memanggil Siti Nurhaliza dengan gelaran Mak Iti, penyanyi itu merupaakn seorang yang mengambil berat.

Ini komen Izara:

“Mak iti, terima kasih kerana sentiasa mengambil berat, memberi nasihat dan menceriakan suasana.

“Dia lah yang selalu bertanya “icha are you ok?” Hehe.. Thanks for being a great example to all of us,”

Untuk pengetahuan, Izara Aishah yang mesra disapa Icha oleh kenalan rapat mendirikan rumah tangga dengan anak tiri penyanyi berkenaan, Adib Khalid pada 17 November 2017.

UCAPAN BUAT IBU KANDUNG ADIB

Dalam pada itu, Izara turut memberikan dedikasi terrhadap ibu Adib yang juga ibu mertuanya, Tengku Zawiyah menerusi aplikasi masa.

Ini tulisnya kepada ibu suaminya:
“Not everyone is blessed with an extremely loving and a supportive mother in law. Alhamdulillah.

UCAPAN BUAT IBU KANDUNG

Sebenarnya, sebelum menulis ucapan kepada kedua ibu mertuanya, Izara telahpun membuat ucapan buat ibu kandung tersayang.

Ini pula luahan Izara tentang ibu kandungnya: “She forgives all my mistakes, she hides her pain and smiles at me, she wipes away my tears. What would I do without you mama?”

Sumber: Ig Izara Aishah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here