Nedim Nazri atau lebih dikenali sebagai Boss Ned iaitu suami kepada pelakon Nora Danish telah bertindak membalas komen berbaur lucah yang dilemparkan oleh seorang individu pada foto yang dimuat naik oleh isterinya di laman sosial baru-bari ini.
Menerusi satu status yang menunjukan isterinya itu sedang mempromosikan skirt yang dipakainya bersama padanan baju T berwarna putih kelihatan agak agak seksi.
Gambar yang dikongsikan oleh Nora Danish tersebut telah mengundang pelbagai kutukan dan kecaman daripada netizen yang menganggap bahawa baju tersebut tidak sesuai sama sekali ditayangkan dan dikongsikan di media sosial.
Komen yang tidak senonoh ditinggalkan oleh individu tersebut adalah:
“Is so big!,”
Tindakan seorang netiezen tersebut yang meninggalkan komen berkenaan pemakaian Nora telah menimbulkan rasa kurang senang Nedim dan dia mengambil keputusan untuk membalas semula.
“Semestinya! Takkanlah nak flat macam wallet kamu. Apa-apa pun, hati-hati kemungkinan data kamu akan habis, kamu mungkin tidak cukup data sehingga hujung bulan,”
Dalam pada masa yang sama segelintir netizen telah memberitahu agar Boss Ned tidak melayan komen netizen yang terdiri dalam kalangan remaja.
Menurut Nedim lagi dia sememangnya sengaja membalas komen tersebut kerana berasa bosan.
Pasangan ini telah berkahwin pada 30 Mac 2017 dan juga merupakan perkahwinan kedua buat mereka berdua. Pasangan ini turut dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl Nedim.
Jika sebelum ini, Nora pernah bernikah dengan Rizal Ashram Ramli serta mereka mempunyai seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram. Namun pasangan ini telah sah bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.
Boss Ned juga merupakan seorang duda anak satu selepas bercerai pada tahun 2013 dan mempunyai anak lelaki iaitu Mohamed Nedrin atau Dre.