Media sosial keceoh seketika apabila anak penyanyi Amy Search iaitu Nabila Huda yang baru-baru ini telah berkongsi “selfie” dengan seekor anjing husky.
Rata-rata ramai mengecam tindakannya namun ada juga yang membela dirinya. Pelakon ini telah tampil bersuara bahawa tindakan dia menunjukan gambar bersama seekor husky itu tidak menyebabkan orang lain terpegaruh dengan aksinya itu.
Menurut Nabila, dia hanya berniat mahu berkongsi kegembiraan dan menunjukkan rasa kasih sayang terhadap semua jenis haiwan dan tidak terkecuali anjing.
Komen Nabila Huda lagi tentang insiden foto bersama anjing yang tular :
“Anjing adalah makhluk daripada Allah juga… tidak ada masalah pun kita berbuat baik terhadap apa sahaja binatang yang ada”.
“Lagipun saya dah beritahu yang saya dah samak (sebenarnya adalah sertu)”.
“Saya tak rasa pun saya buat begitu untuk pengaruh semua orang pegang. Saya hanya nak tunjuk sebagai manusia, kita perlulah menyayangi setiap benda yang ada di muka bumi ini,”
“Its not a big issue! Saya tahulah anjing tu haram. Kalau yang bukan muhrim berpegangan tangan, berpelukan itu tak jadi isu pula”.
“Mereka tak fikir setiap komen itu sebenarnya saya boleh ambil dan buat laporan polis,”
Jelas pelakon itu lagi, perkara ini tidak harus digembar gemburkan kerana banyak lagi masalah yang lebih serius yang harus dititik beratkan.
Malah kata Nabila juga, isu permasalah sosial golongan remaja lebih membimbangkan yang perlu dipandang serius oleh golongan agamawan daripada sibuk dengan isu pegang anjing.
Gara-gara sekeping swafoto bersama seekor anjing husky dilaman sosial Instagram milik Nabila Huda khamis lalu telah mendapat perhatian dan teguran daripada (PU) Syed yang berpendapat bahawa perbuatan itu adalah salah.
Menurut PU Syed lagi, tindakdan tersebut boleh mengundang fitnah kepada diri sendiri serta agama islam.