Isu Rotan: Pihak Polis, Jabatan Kebajikan Cari Aliff Syukri Di Pejabat

Usahawan kosmetik berstatus jutawan iaitu Datuk Seri Aliff Syukri telah memaklumkan dia ada menerima kunjungan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada pagi hari ini, Khamis.

Aliff Syukri bagaimanapun berkata tidak ada sebarang pertemuan atau perbincangan berlaku kerana ketika itu dia amat sibuk menguruskan hal berkaitan pelancaran produknya, AS Legacy.

Ini komennya:

“Pihak JKM ada datang ke pejabat kami pagi tadi tapi saya dan isteri tiada ketika itu kerana sibuk menguruskan acara petang ini, jadi tak sempat nak jumpa.

“Polis juga ada hubungi saya dan bertanyakan beberapa perkara mengenai laporan mendera anak itu.

“Memandangkan tak dapat bertemu hari ini, jadi kita sudah maklumkan kepada JKM untuk hubungi mereka semula nanti”

Aliff Syukri mendedahkan hal berkenaan ketika ditemui di majlis pelancaran produk AS Legacy yang diadakan di Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Pada Rabu lalu, ada satu badan bukan kerajaan (NGO) telah tampil membuat laporan polis ke atas Aliff Syukru kerana merotan anak perempuannya berusia sembilan tahun dengan alasan kanak-kanak itu membuka tudung dan ada muatnaik video sedang sapu ubat di luka anaknya itu.

Laporan berkenaan dibuat oleh Protect and Save The Children (P.S. The Children), ahli Gabungan Hak Kanak-Kanak Malaysia (CRCM) di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Selangor.

Pihak CRCM telah menggesa polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mengambil tindakan segera dan menyeluruh terhadap insiden itu.

Sementara itu, Aliff Syukri turut berasa hairan dan pelik apabila perkongsiannya itu menarik perhatian ramai sehingga menerima kritikan segelintir pihak.

Katanya, sebelum ini dia pernah berkongsi beberapa kejadian rompak dan curi yang pernah berlaku terhadapnya, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan dibuat, tetapi kes ini dapat liputan pula.

Ini jelasnya:

“Saya hairan betul, kes pukul anak untuk tujuan mendidik dapat perhatian ramai pihak termasuklah badan NGO dan polis.

“Tapi bila saya share tentang pekerja pecah amanah, barang saya dicuri tak ada apa tindakan dan semua orang diam sahaja. Tak ada pula sampai viral.

“Kalau macam itu, jom lah kita viralkan kisah anak-anak gelandangan dan harap NGO-NGO ini dapat bantu mereka!,”

Dalam pada itu, Aliff turut memohon maaf jika tindakannya mendidik anak itu kurang disenangi sesetengah pihak.

“Apa-apa pun saya nak mohon maaf jika video itu membuatkan ada pihak rasa kurang senang dan percayalah tak ada niat nak mendera anak.

“Pada mulanya saya muat naik video itu sebab merancang nak keluarkan produk krim untuk badan tapi jadi lain pula bila ia tular”

Dalam video itu Aliff berkata dia merotan Qadejah atau Cess (9 tahun) kerana ada buka tudung di depanlelaki tidak dikenali.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here