Isteri selalu makan dalam kereta antara punca cerai

Ini satu berita yang agak mengejutkan. Menerusi satu statistik, ianya ada menunjukkan kes penceraian di negara ini berlaku disebabkan oleh faktor remeh termasuk suami yang berang kerana si isteri suka makan dalam kereta.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, selain itu, tiada persefahaman dan pasangan curang adalah antara punca utama berlakunya perceraian.

Katanya, satu kajian yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2014 dan ini keputusannya:

Punca perceraian bagi lelaki:
1) Tiada persefahaman adalah (56.2 peratus)
2) Isteri curang (11.8 peratus)
3) Campur tangan mentua atau ipar-duai (10 peratus)

Punca pencerai wanita:
1) Tiada persefahaman (38 peratus)
2) Suami curang (20.5 peratus)
3) Suami tidak bertanggungjawab (15.2 peratus)

“Merujuk kepada Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) yang dijalankan LPPKN pada 2014, lebih satu pertiga perkahwinan pertama yang berakhir dengan perceraian atau perpisahan berlaku dalam tempoh lima tahun pertama usia perkahwinan”

Hannah Yeoh menjawab pertanyaan Noor Amin Ahmad tentang jumlah kes perceraian direkodkan pasangan di bawah usia perkahwinan lima tahun, punca utama perceraian dan langkah bagi menangani permasalahan itu.

Katanya berdasarkan data daripada Jabatan Kehakiman Syariah banyak penceraian yang difailkan pasangan muda menyatakan atas faktor remeh.

Ini antara senarai faktor remeh berkenaan:

-Isteri suka ikuti rombongan
-Isteri suka basuh baju pada waktu malam
-Suami tidak suka isteri makan dalam kereta
-Berbeza fahaman politik.
-Gaji suami rendah
-Tidur berdengkur

Hannah Yeoh berkata sedemkian ketika menjawab tentang kes cerao.

Pada masa sama beliau berkata berdasarkan statistik daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Jawi mendedahkan jumlah penceraian di bawah usia perkahwinan lima tahun bagi orang Islam ialah sebanyak 2,932 bagi tempoh 2013 hingga 2017.

Bagi orang bukan Islam statistik daripada Jabatan Pendaftaran Negara JPN menunjukkan 14,440 kes penceraian di bawah usia lima tahun.

Katanya data tersebut adalah bagi tiga buah negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagi bukan Islam, Johor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu dengan 2,860 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2,721) kes dan Selangor 1,858 kes.

Tambahnya bagi orang Islam, jumlah kes penceraian dari negeri lain masih di peringkat pengumpulan.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here