“Isteri Pergi Umrah, Suami Main Tik Tok Dengan Perempuan lain”

Datuk Aliff Syukri baru-baru ini ada menghantar isterinya iaitu Datin Shahida menunaikan umrah.

Datin Shahida telah berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah dan video berkenaan di kongsi oleh jutawan kosmetik ini di laman media sosial Instagram miliknya. Menerusi Instagram, Datin Shahida turut berpesan kepada suaminya untuk menjaga anak-anak dan jangan terlalu asyik dengan aplikasi Tik Tok.

Bagaimanapun, tak sampai 24 jam isterinya ke Mekah, Datuk Seri Aliff Syukri nampaknya terlupa atau tak ingat pesanan isterinya apabila pemilik D’Herbs ini memuat naik video Tik Tok di Instagram menunjukkan beliau sedang menari bersama beberapa orang model ‘orang putih’.

Ini videonya:

Tindakan Datuk Seri Aliff Syukri ini telah mengundang kemarahan, kecaman dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen yang mengatakan beliau tidak menghormati isterinya yang kini sedang menunaikan umrah di Tanah Suci.

Ini antara komen panas dari netizen:

Kata netizen lagi, Aliff Syukri dilihat seperti sengaja memuat naik video tersebut untuk meraih perhatian. Tidak kurang juga rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan sikap Aliff Syukri yang sudah berkali-kali meminta maaf tetapi seringkali mengulangi kesilapan nya terutama melibatkan video di laman IG.

Walaupun ramai yang mengkritik, namun ada segelintir netizen masih mengharapkan agar suatu hari nanti Datuk Seri Aliff Syukri akan berubah.

Semoga selepas ini Aliff akan lebih berhati-hati dan berfikir terlebih dahulu sebelum memuat naik sesuatu di media sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here