Isteri Pak Tam (Raja Lawak) menceritakan saat terakhir arwah.. dedah permintaannya

Pelawak yang juga peserta Raja Lawak musim kedua iaitu Pak Tam atau nama sebenarnya Muhammad Nooruulah telah disahkan meninggal dunia.

Dari laporan, dikatakan Pak Tam pergi buat selamanya kerana kekurangan oksigen dalam badan dan paru-paru berair.

Pak Tam yang berumur 61 tahun, menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya di Kampung Permatang Badak, Kuantan, pada jam 9.30 pagi.

Isterinya, Fatimah Apong, telah memberikan komen tentang apa yang berlaku.

Kata Fatimah, keadaan kesihatan suaminya itu telah merosot sejak dua bulan lalu selepas keluar dari Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuantan.

Ini pendedahan dari Fatimah:

“Arwah sudah sakit beberapa tahun lalu. Malah, empat tahun lalu dia pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (I C U). Ketika itu, doktor memaklumkan peny4kit dialami boleh membuatkan ar wah pergi bila-bila masa saja sekiranya tidak dikawal.

“Sejak itu, saya dan anak-anak jaga kandungan air dalam badan. Dia tidak boleh minum lebih. Jika tidak, jantung tidak boleh dipam dan berfungsi dengan baik.

“Selepas keluar hospital dua bulan lalu, arwah semakin tidak larat. Sesekali bawa keluar jalan-jalan, tapi dia duduk dalam kereta saja. Dia tidak mampu bergerak banyak,”

Menurut Fatimah, arwah mengehmbuskan nafas terakhir di rumah di sisinya tanpa sempat dibawa ke hospital.

Ini jelas Fatimah lagi:

“Sepatutnya, arwah tidur dengan bantuan mesin oksigen. Tetapi, sudah lebih setahun mesin tidak ada. Jadi, sejak itu ar wah akan tidur duduk.

“Sebelum meninggal pagi tadi, saya tak sedap hati melihat keadaan arwah. Saya pun panggil adiknya dan terus menghubungi ambulan. Namun, Allah lebih sayangkan arwah.

“Kesemua anak tidak dapat melihat arwah pergi. Malah, seorang anak yang duduk di Pulau Pinang masih dalam perjalanan pulang.

“InsyaAllah, kami tunggu dia sampai dulu. Selepas itu, baru kita kebumikan yang dijangka selepas Maghrib nanti,”

Berkongsi lebih lanjut, arwah Pak Tam sempat memberi pesanan agar dirinya tidak dimasukkan ke hospital. Malah, arwah juga ada membuat satu permintaan iaitu mahu merakamkan gambar kenangan dengan kesemua lapan cucu sewaktu cuti sekolah baru-baru ini.

“Baru-baru ini arwah ada buat permintaan nak bergambar dengan semua cucu. Kebetulan mereka semua ada berkumpul di rumah ini.

“Selain itu, arwah juga berpesan supaya tidak membawanya ke hospital. Jika tidak, dia takkan kembali lagi,”

Arwah telah meninggalkan seorang balu, empat anak yang berumur antara 29 dan 36 tahun dan lapan cucu. Pak Tam adalah bekas peserta Rajalawak musim kedua.

Sama-sama kita doakan dan sedekahkan Al Fatihah.

Untuk pengetahuan, Pak Tam merupakan peserta Raja Lawak musim kedua. Di musim berkenaan, Nabil telah menjadi juara manakala Pak Tam mendapat tempat keempat.

Sumber : Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here