Isteri Mawi pula jadi mangsa… Siap babitkan Amira Othman

Penyampai radio Zayan yang juga bekas juara Akademi Fantasia iaitu Mawi telah mendedahkan hal yang amat menduka citakan kepada isterinya Ekin.

Mawi berkongsi rasa terkilan apabila akaun media sosial Instagram isterinya, Ekin digodam. Akaun IG berkenaan sudah mendapat lebih 200k follower dan kini digunakan oleh orang lain yang dikatakan mencurinya.

Dari satu entri di Instagram, Mawi memohon jasa orang ramai agar tidak lagi mengikuti akaun asal Ekin.

Ini komen Mawi:

“Salam semua… Nak bagitahu pada semua sahabat-sahabat follower ig isteri saya @ekinmawi.

“Tolong unfollow ig tu sebab ig Ekin baru je kena curi.

“Profile picture pun dia dah tukar gambar Amira Othman. Nama pun dah tukar @ekinmag. Harap maklum ya semua. Terima kasih,”

Dek kerana hal itu, Ekin telah membuat satu akaun Instagram baru dengan nama @ekinmawi_cahaya yang kini sudah mengumpul lebih 2,000 follower.

Akaun Instagram Ekin itu digunakan untuk mengemaskini perkembangan perniagaan mereka, Unequein selain aktiviti harian.

Ini tulis Mawi:

Salam semua…
Nak bagitau akaun IG isteri saya EKINMAWI kena PEDAJAL.Tolong unfollow ok.
Yang ni @ekinmawi_cahaya IG baru Ekin.
Harap maklum.Terima kasih semua

Di ruangan komen, ramai yang berkongsi rasa simpati dengan nasib Ekin, ramai yang mencadangkan Mawi mendapatkan bantuan pakar dalam bidang teknologi untuk mendapatkan semula akaun yang telah digodam.

Sumber: Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here